<style id="elementor-post-20178">.elementor-20178 .elementor-element.elementor-element-4fba57b7{--spacer-size:10px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-20178 .elementor-element.elementor-element-5a76b946 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-20178 .elementor-element.elementor-element-5a76b946{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-widget-image .widget-image-caption{color:var( --e-global-color-text );font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Hebahan Pembukaan Permohonan Kajian Jangka Pendek (KJP) Kementerian Ekonomi

- Link: https://research.ukm.my/hebahan-pembukaan-permohonan-kajian-jangka-pendek-kjp-kementerian-ekonomi/
- Published: 2024-06-25T11:33:52+08:00
- Author: Webmaster CRIM

YBhg. Prof. Ulung/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan,

 

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

Sehubungan dengan ini, sukacita dipanjangkan hebahan di atas yang jelas maksudnya
untuk makluman semua PTJ.  Kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Dato’/Prof./Prof. Madya Dr./
Dr./tuan/puan dipohon agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada warga PTJ masing-
masing.

 

Sukacita pihak CRIM memohon perhatian perkara-perkara berikut kepada penyelidik 
yang berminat untuk memohon geran ini:

i) Rujuk kepada Garis Panduan Garis Panduan Pelaksanaan Program Kajian Jangka Pendek
Kementerian Ekonomi sebelum mengisi Borang Permohonan.

ii) Tempoh projek penyelidikan yang dijalankan di bawah Geran ini adalah **maksimum
6 bulan**. Lanjutan tempoh kajian tidak dibenarkan.

iii) Borang Permohonan, Garis Panduan dan Slaid Taklimat oleh Unit Pengurusan Penyelidikan(
RMU) Kementerian Ekonomi juga boleh dicapai melalui pautan [https://bit.ly/3xDK9Rs](https://bit.ly/3xDK9Rs).

iv) Setiap permohonan mestilah melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) universiti
masing-masing. Oleh itu, Borang Permohonan yang lengkap (termasuk CV setiap ahli
penyelidik) perlu dihantar kepada CRIM sebanyak **satu (1) salinan keras (hardcopy)****
selewat-lewatnya pada 16 Julai 2024 (Selasa) sebelum pukul 4.00 petang** untuk perakuan
Pengarah CRIM, penyelarasan dan penghantaran kepada Unit Pengurusan Penyelidikan(
RMU) Kementerian Ekonomi.

 

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak YBhg. Prof. Ulung/Dato’/Prof./Prof.
Madya Dr./Dr./tuan/puan boleh terus berhubung dengan sekretariat sebagaimana tertera
dalam slaid yang dilampirkan dalam emel ini. Kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Dato’/Prof./
Prof. Madya Dr./Dr./tuan/puan dalam perkara ini kami dahului dengan terima kasih.

 

 

![KJP 2024](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2024/06/Screenshot-2024-06-
25-at-11.32.43-AM-1-400x567.png "KJP 2024")
