<style id="elementor-post-20136">.elementor-20136 .elementor-element.elementor-element-4fba57b7{--spacer-size:10px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-20136 .elementor-element.elementor-element-5a76b946 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-20136 .elementor-element.elementor-element-5a76b946{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-widget-image .widget-image-caption{color:var( --e-global-color-text );font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Hebahan Pembukaan Geran Penyelidikan Di Bawah Dana Universiti Penyelidikan Tahun 2024: Permohonan GGPM, GUP dan DIP 2.0

- Link: https://research.ukm.my/hebahan-pembukaan-geran-penyelidikan-di-bawah-dana-universiti-penyelidikan-tahun-2024-permohonan-ggpm-gup-dan-dip-2-0/
- Published: 2024-04-16T08:48:40+08:00
- Author: Webmaster CRIM

**Pembukaan Permohonan Geran Penyelidikan Di Bawah Dana Universiti Penyelidikan (
UP) Tahun 2024**

**– Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM)**

**– Geran Universiti Penyelidikan (GUP)**

**– Dana Impak Perdana 2.0 (DIP 2.0)**

  

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi(
CRIM) akan membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Dana Universiti Penyelidikan(
UP) bagi Tahun 2024 bagi geran berikut:

      i.    Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM).

      ii.   Geran Universiti Penyelidikan (GUP).

      iii.   Dana Impak Perdana 2.0 (DIP 2.0)

  

3.      Permohonan ini akan dibuka kepada penyelidik mulai **17 April 2024 (Rabu)
sehingga 16 Mei 2024 (Khamis)**. Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam
talian menggunakan Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU) yang boleh diakses
di pautan[ ](http://goog_834943127/)[https://appsmu.ukm.my/smpu/](https://appsmu.ukm.my/smpu/)

 

4.      Setiap permohonan perlu menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti
berikut:

(i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti
dan mengikut garis panduan setiap geran penyelidikan. Sila rujuk Garis Panduan yang
terkini di laman web CRIM ([https://research.ukm.my/muat-turun](https://research.ukm.my/muat-turun/))
atau di SMPU. Garis Panduan Juga dilampirkan bersama dalam emel ini.

 

(ii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon **tidak melebihi siling 
yang ditetapkan.**

 

(iii) Kakitangan akademik yang sedang mengetuai geran GUP/DIP yang masih aktif dibenarkan
membuat permohonan baharu di bawah geran yang sama jika **tahap kewangan projek 
adalah pada kadar 75% dan ke atas. **

 

(iv) Pemohon perlu memastikan **semua laporan akhir projek penyelidikan di bawah
Dana Universiti Penyelidikan (UP) telah dihantar melalui SMPU (pemohon sebagai ketua
projek) **dan **laporan berkenaan perlu disemak dan diperaku oleh Sekretariat Penyelidikan
PTJ sebelum tarikh tutup permohonan ini.**

 

(v) Permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/pusat.
Tatacara/panduan penilaian boleh merujuk kepada UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP15:Garis Panduan
Penilaian Geran Penyelidikan. Pihak fakulti/institut/pusat perlu membuat pengesahan
penilaian menggunakan **UKM-SPKPPP-PT(P)08-CRIM-AK01-BR06****: Borang Penilaian 
Permohonan Geran di bawah Dana Universiti Penyelidikan (Tarikh kuatkuasa 1 April
2024). **Permohonan yang tidak melalui proses penilaian di peringkat fakulti/institut/
pusat tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM. 

 

(vi) Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan **SATU (1) permohonan sahaja**
sama ada GGPM/GUP/DIP 2.0 bagi tempoh pembukaan ini.

 

(vii)  Pemohon digalakkan mengemukakan bukti carian paten bagi setiap permohonan
projek dengan menggunakan website [http://lens.org/](http://lens.org/).

 

(viii) Pemohon perlu mengenalpasti sebarang risiko (kekuatan/kelemahan/ peluang/
ancaman/lain-lain yang berkaitan) yang berpotensi berlaku sebelum, semasa dan selepas
penyelidikan dilaksanakan.

 

5.       Sebagai makluman kepada YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/
puan, pihak **CRIM juga akan mengadakan Taklimat Permohonan Dana ini secara dalam
talian** pada ketetapan berikut:

 

**            ****Tarikh          : 17 April 2024 (Rabu)
            Masa       :
2.00 petang (A
tur cara taklimat dilampirkan)

**            Pautan         : Aplikasi Webex**

                                  [https://ukm.webex.com/ukm/j.php?MTID=m86c6d050492f33c64a4c5579498a80df](https://ukm.webex.com/ukm/j.php?MTID=m86c6d050492f33c64a4c5579498a80df)

Meeting number: 2644 107 0547                                  Password: 8756#55

**          Nota: Semua penyelidik, Pengurusan F/I/P dan Sekretariat Penyelidikan
F/I/P dijemput hadir.**

_ _

6.    Sukacita kerjasama pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan
dipohon untuk memaklumkan/memanjangkan hebahan pembukaan permohonan geran ini kepada
semua penyelidik di fakulti/institut/pusat masing-masing. Bersama-sama ini disampaikan
maklumat seperti berikut untuk makluman dan rujukan YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/
Datin/Prof./tuan/puan:

         ** i.   ****Jadual Kerja Permohonan**

**          ii.   Senarai semak bagi setiap geran untuk makluman dan rujukan  **

**          iii.  Borang Penilaian Projek Penyelidikan**

**          iv.  Garis Panduan Bagi Setiap Geran**

**          v.   Borang Persetujuan Sebagai Penyelidik Bersama**

**          vi.  Contoh LoI **

**         vii. Poster hebahan pembukaan geran**

 

7.  Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak  YBhg.Prof. Ulung/Datuk/Dato’/
Datin/Prof./tuan/puan boleh menghubungi pegawai kami seperti berikut:

         i. **Puan Siti Noraida Sood**

            Pegawai Penyelidik Q48/Ketua Seksyen Geran Penyelidikan & MyRA

            03-8921 5631

         ii. **Encik Mohd Asraf Mohamad Farid**

            Penolong Pendaftar

            03-8921 4455

         iii. **Cik Bismi Nurul Ain Jannah Mohd Mahthir**

             Penolong Pendaftar

             03-8921 4679

 

8.    Sekian dulu untuk makluman dan tindakan selanjutnya oleh pihak YBhg. Prof.
Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan. Kerjasama pihak YBhg. Prof. Ulung/Datuk/
Dato’/Datin/Prof./tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

 

 

![Poster Dana Universiti Penyelidikan 2024](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/
2024/04/Poster-Dana-Universiti-Penyelidikan-2024-V2-400x566.png "Poster Dana Universiti
Penyelidikan 2024")
