<style id="elementor-post-21383">.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-21383 .elementor-element.elementor-element-ee121ba{font-family:"Roboto", Sans-serif;font-size:16px;font-weight:400;color:#070707;}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># PEMBUKAAN DANA PENYELIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) BAGI TAHUN 2026 KITARAN KEDUA

- Link: https://research.ukm.my/hebahan-pembukaan-dana-penyelidikan-di-bawah-kementerian-sains-teknologi-dan-inovasi-mosti-bagi-tahun-2026-kitaran-kedua/
- Published: 2026-06-12T04:11:23+08:00
- Author: Webmaster CRIM

**⏳ Tempoh Permohonan (Kitaran Kedua):** 1 – 30 Jun 2026

**⚠️ Tarikh Tutup Dalaman (Pengesahan CRIM):** 23 Jun 2026

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan permulaan fasa baharu Rancangan Malaysia
Ketiga Belas (RMK13), Bahagian Dana MOSTI akan meneruskan skim pendanaan strategik
di bawah **Dana PEMACU 2.0** yang akan menyokong pelaksanaan dasar, pelan hala tuju
dan inisiatif Kerajaan dalam bidang fokus utama MOSTI.

Dana PEMACU 2.0 ini bertujuan untuk:

 * Menjana penyelesaian teknologi, produk dan proses inovatif berimpak tinggi kepada
   sosioekonomi negara.
 * Mematangkan teknologi ke arah pengkomersialan bagi merapatkan jurang _Valley 
   of Death_ berdasarkan Tahap Kesediaan Teknologi (TRL).
 * Memperkukuh ekosistem Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Malaysia.

Berikut disampaikan maklumat penting berkaitan permohonan **Dana PEMACU 2.0 Tahun
2026 Kitaran Kedua**:

 1.  **Tempoh Pembukaan:** Mulai 1 – 30 Jun 2026.
 2.  **Sistem Permohonan:** Permohonan perlu dibuat melalui Sistem Dana Bersepadu MOSTI
    di pautan [https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/](https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/).
 3.  **Tarikh Tutup Dalaman:** Permohonan perlu dihantar (_submit_) selewat-lewatnya
    pada **23 Jun 2026** untuk proses semakan teknikal dan pengesahan CRIM sebelum 
    dihantar ke MOSTI.
 4.  **Dokumen Rujukan:** Bersama-sama hebahan ini disampaikan dokumen-dokumen berkaitan
    untuk rujukan penyelidik dalam membuat permohonan _(Sila muat turun pada ruangan
    lampiran di bawah)_.
 5.  **Sesi Konsultansi MOSTI:** Para penyelidik yang berminat untuk memohon digalakkan
    untuk menghadiri Sesi Konsultansi yang dilaksanakan oleh MOSTI pada **setiap hari
    Khamis (9.00 pagi hingga 5.00 petang)**. Penyelidik perlu membuat pendaftaran sesi
    konsultansi melalui pautan berikut: 
     ↳ [Borang Pendaftaran Sesi Konsultansi Google Form](https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfyeFLco2GX2ObT4J3hQxX4tJJ_8OtiSF5ktMwX8zeIE8Jkew/viewform)

Sukacita juga pihak kami memohon kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan
agar hebahan ini dapat dipanjangkan kepada ahli di PTJ masing-masing.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara 
ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
