<style id="elementor-post-21469">.elementor-21469 .elementor-element.elementor-element-cdb2ed0{padding:50px 0px 50px 0px;}.elementor-widget-heading .elementor-heading-title{font-family:var( --e-global-typography-primary-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-primary-font-weight );color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-21469 .elementor-element.elementor-element-b2f036a .bdt-document-viewer iframe{height:800px;}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Call For Expressions Of Interest (EOI) – ICGEB New Delhi Biofoundry

- Link: https://research.ukm.my/hebahan-call-for-expressions-of-interest-eoi-icgeb-new-delhi-biofoundry/
- Published: 2026-06-18T17:00:53+08:00
- Author: Webmaster CRIM

## Call For Expressions Of Interest (EOI) – ICGEB New Delhi Biofoundry

**Dekan dan Pengarah
 Fakulti/Institut/Pusat Universiti Kebangsaan Malaysia

YBhg. Prof. Ulung/Dato'/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Sehubungan dengan ini, sukacita dipanjangkan hebahan mengenai **Call for Expressions
of Interest (EOI)** yang jelas maksudnya untuk makluman semua Pusat Tanggungjawab(
PTJ).

Berikut adalah perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pihak YBhg.
Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan:

### Maklumat Utama EOI

 * **Tujuan:** Memajukan penyelesaian bioteknologi berimpak tinggi melalui platform
   _biofoundry_ automasi termaju.
 * **Sasaran:** Terbuka kepada penyelidik, syarikat pemula (_startups_), inovator,
   institusi akademik dan rakan industri.
 * **Tarikh Tutup:** **Dibuka secara berterusan** (Akan dinilai secara suku tahunan/
   _quarterly_).

### Tindakan dan Perhatian

**(a) Tatacara Permohonan**
 Sila rujuk dokumen yang dilampirkan bersama makluman
ini untuk panduan dan tatacara permohonan yang lengkap.

**(b) Pertanyaan**
 Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dipanjangkan 
terus kepada sekretariat/Jawatankuasa Penganjur sebagaimana tertera pada dokumen
makluman yang dilampirkan.

**(c) Makluman Penghantaran CRIM**
 Sebagai rekod pihak CRIM, kerjasama penyelidik
UKM adalah dipohon untuk mengisi _Google Form_ makluman di bawah **sebaik sahaja**
permohonan dihantar kepada pihak pemberi dana.

 [ Isi Borang Makluman CRIM ](https://forms.gle/Gk14MTnfYSMfrgeF7)

---

Sukacita kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya Dr./Dr./tuan/
puan dipohon agar dapat memanjangkan hebahan ini kepada warga PTJ masing-masing.

Sekian, terima kasih.

**Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)**
 Universiti Kebangsaan
Malaysia
