<style id="elementor-post-22143">.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># EKSA@CRIM

- Link: https://research.ukm.my/eksacrim/
- Published: 2026-10-09T09:33:26+08:00
- Author: Webmaster CRIM

Ekosistem Kondusif Sektor Awam

# EKSA@CRIM

Garis panduan pelaksanaan EKSA di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bahagian Panduan

06

 [Tujuan](https://research.ukm.my/eksacrim/#eksa-tujuan) [Latar Belakang](https://research.ukm.my/eksacrim/#eksa-latar)
[Dasar](https://research.ukm.my/eksacrim/#eksa-dasar) [Objektif](https://research.ukm.my/eksacrim/#eksa-objektif)
[Carta Organisasi](https://research.ukm.my/eksacrim/#eksa-carta) [Aktiviti EKSA](https://research.ukm.my/eksacrim/#eksa-aktiviti)

## Kandungan EKSA@CRIM

 6 bahagian utama

## Garis Panduan EKSA UKM

 [Buka PDF saiz penuh ↗](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2026/10/05-GARIS-PANDUAN-EKSA-UKM_Jun2026.pdf)

  Memuatkan…

Ekosistem Kondusif Sektor Awam

## Tujuan

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada semua Fakulti / Institut / Pusat(
F/I/P) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif
Sektor Awam (EKSA). Melalui garis panduan ini juga, diperjelaskan konsep EKSA, elemen-
elemen baharu yang diperkenalkan, tindakan yang perlu diambil di setiap peringkat
perancangan, pelaksanaan, pemantauan, kaedah pengauditan dan penambahbaikan yang
digunapakai. Garis panduan ini juga menjelaskan kriteria dan keperluan yang perlu
dipatuhi untuk mendapatkan pensijilan EKSA.

 Konsep & elemen baharuPerancanganPelaksanaanPemantauan & auditPenambahbaikanPensijilan
EKSA

### Persekitaran kerja yang kondusif

EKSA juga harus dilihat sebagai satu program yang menggalakkan F/I/P agar lebih 
kreatif dan inovatif dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan
mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan.

Ekosistem Kondusif Sektor Awam

## Latar Belakang

EKSA mula dilaksanakan di UKM pada tahun 2022 sebagai inisiatif penjenamaan semula
Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran
tempat kerja yang berkualiti dan kondusif di UKM.

Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan
kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping
menyemarakkan lagi budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga Universiti.
Ini juga sejajar dengan hasrat Universiti untuk menjadi sebuah universiti yang terpilih
dan terkehadapan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

### Singkatan yang digunakan dalam garis panduan

 | Singkatan | Definisi | 
  | EKSA | Ekosistem Kondusif Sektor Awam | 
 | JFPIB | Jabatan, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian | 
 | JK | Jawatankuasa | 
 | KJK | Ketua Jaminan Kualiti | 
 | MAMPU | Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(Malaysian Administrative Modernisation and Planning Unit) | 
 | MSP | Mesyuarat Semakan Pengurusan | 
 | PJK | Pusat Jaminan Kualiti | 
 | PKK | Pusat Komunikasi Korporat | 
 | SPB | Sistem Persekitaran Berkualiti | 
 | UKM | Universiti Kebangsaan Malaysia |

Ekosistem Kondusif Sektor Awam

## Dasar

Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai universiti watan beriltizam mengutamakan 
Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals -SDG) dalam mewujudkan
budaya kerja berprestasi tinggi sebagai amalan bagi mencapai kesejahteraan warganya
melalui pelaksanaan EKSA yang berterusan.

Ekosistem Kondusif Sektor Awam

## Objektif

Objektif pelaksanaan EKSA di UKM adalah bertujuan untuk:

 1. Menggalakkan budaya kerja berprestasi tinggi melalui aktiviti kreatif dan inovatif
    dalam kalangan warga bagi meningkatkan imej korporat universiti
 2. Mewujudkan ekosistem persekitaran universiti yang kondusif dan lestari
 3. Menerapkan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian fungsi entiti di 
    universiti
 4. Menyokong usaha mencapai matlamat dan aspirasi Pembangunan Lestari Negara

Ekosistem Kondusif Sektor Awam

## Carta Organisasi EKSA@CRIM

![Carta Organisasi EKSA@CRIM](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2026/10/
Carta-Organisasi_eksaCRIM-scaled.jpg)

 Carta Organisasi EKSA@CRIM [Lihat carta saiz penuh ↗](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2026/10/Carta-Organisasi_eksaCRIM-scaled.jpg)

Galeri EKSA@CRIM

## Aktiviti EKSA

 [ ⌊Gambar aktiviti EKSA 1⌉ ](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2026/10/gambar-1_-scaled.jpg)

Aktiviti EKSA 01

 [ ⌊Gambar aktiviti EKSA 2⌉ ](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2026/10/gambar-2_-scaled.jpg)

Aktiviti EKSA 02

 [ ⌊Poster Taklimat EKSA⌉ ](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2026/10/Poster-Taklimat-EKSA_-scaled.jpg)

Poster Taklimat EKSA

 [ ⌊Aktiviti gotong-royong EKSA⌉ ](https://research.ukm.my/wp-content/uploads/2026/10/eksa-gotong-royong.jpeg)

Gotong-royong EKSA
