<style id="elementor-post-15557">.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-15557 .elementor-element.elementor-element-be330c5{text-align:justify;}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># [Dana Khas] SATREPS: Pembukaan Permohonan Tahun Kewangan 2020 [Tarikh Tutup:23 September 2019]

- Link: https://research.ukm.my/dana-khas-satreps-pembukaan-permohonan-tahun-kewangan-2020-tarikh-tutup23-september-2019/
- Published: 2019-09-10T16:19:21+08:00
- Author: Webmaster CRIM

**Kerajaan Jepun** telah memanjangkan permohonan kepada **Kerajaan Malaysia** untuk
menyertai kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi bagi tahun kewangan
2020. **Program ini bertujuan untuk mewujudkan platform kerjasama antarabangsa di
kalangan negara-negara membangun bagi menangani isu global dalam bidang** tersebut.

Permohonan bagi projek penyelidikan ini adalah **terhad kepada empat (4) bidang 
iaitu ****_Environtment and Energy_****, ****_Bioresources, Disaster Prevention 
and Mitigation _**dan**_ Infectious Diseases_** **_Control_****.** Maklumat lanjut
menegnai bidang permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang di alamat
[https://www.jica.go.jp/english/our_work/science/satreps.html](https://www.jica.go.jp/english/our_work/science/satreps.html).
Bersama-sama ini disertakan emel hebahan daripada KPM bertarikh 6 September 2019,
Borang  Permohonan format Japan’s Technical Cooperation (Lampiran A), _Cost Proforma
_iaitu perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPM (
Lampiran B), dan Masterlist Senarai Permohonan SATREPS 2019 dalam format excel (
Lampiran C) untuk makluman dan tindakan YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr.             

Sukacita diingatkan, permohonan perlu memenuhi perkara berikut :

 1. Kakitangan akademik (aktif) di Universiti Awam** perlu mengenal pasti rakan kerjasama(****
    _counterpart_****) di Jepun**. Rakan kerjasama Jepun juga perlu mengemukakan permohonan
    dalam bidang kerjasama yang sama kepada _Japan Science and Technology Agency_ (
    JST) di bawah _Ministry of Education, Culture, Sports, Science and Technology_ (
    MEXT) Jepun di Tokyo. Rakan kerjasama bagi cadangan penyelidikan dalam bidang _Infectious
    Diseases Control_ perlu mengemukakan permohonan kepada _Japan Agency for Medical
    Reseach and Development _(AMED);
 2. **Tempoh projek** di bawah Kerjasama Teknikal SATREPS adalah **tiga (3) hingga 
    lima (5) tahun**;
 3. Permohonan telah disaring dan dinilai **di peringkat **Fakulti/Institut/Pusat bagi
    mengenal pasti projek yang berpotensi sebelum dikemukakan kepada CRIM. Ulasan penilaian
    di peringkat Fakulti/Institut/Pusat perlu dikemukakan bersama kepada CRIM;
 4. **Hanya permohonan lengkap dan menepati format permohonan yang dihantar kepada 
    CRIM akan diperaku ke KPM**; dan
 5. Semua pemohon perlu membentangkan permohonan kepada Jawatankuasa Penilaian KPM.**
    Sesi pembentangan permohonan dijadualkan pada 30 September 2019 (Isnin) sehingga
    3 Oktober 2019 (Khamis)**. Maklumat lanjut keperluan sesi pembentangan akan dikemukakan
    kemudian.

Penyelidik yang berminat boleh membuat permohonan dengan merujuk kepada syarat dan
kriteria permohonan**.** Permohonan perlu dinilai diperingkat PTj dan dihantar kepada
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) melalui Sektetariat Penyelidikan
Fakulti/Institut/Pusat **selewat-lewatnya pada 23 September 2019 (Isnin) sebelum
jam 12.00 tengah. **Permohonan yang diperaku akan dihantar kepada Bahagian Perancangan
Kecemerlangan IPT (BPKI) pada jam 9 pagi, 25 September 2019 (Rabu).

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/
Institut/Pusat  kepada CRIM adalah seperti berikut:

 1. Surat rasmi Fakulti/Institut/Pusat: Sebagai bukti penghantaran permohonan
 2. Borang Permohonan: 1 salinan lembut (softcopy) dalam format pdf (emel kepada [psupp@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/dana-khas-satreps-pembukaan-permohonan-tahun-kewangan-2020-tarikh-tutup23-september-2019/psupp@ukm.edu.my)),
    3 salinan keras (hardcopy) dan Ulasan penilaian oleh Panel Penilai/JK Penilaian
    di peringkat Fakulti/Institut/Pusat. Format penilaian adalah tertakluk kepada Fakulti/
    Institut/Pusat masing-masing.
 3. Perincian Belanjawan MoE _Cost Proforma: _1 salinan lembut (softcopy) dalam format
    excel (emel kepada [psupp@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/dana-khas-satreps-pembukaan-permohonan-tahun-kewangan-2020-tarikh-tutup23-september-2019/psupp@ukm.edu.my))
    dan 3 salinan keras (hardcopy)
 4. Senarai Permohonan  (Masterlist): 1 salinan lembut (softcopy) dalam format excel
    dan mengikut templet yang diberikan (emel kepada [psupp@ukm.edu.my](https://research.ukm.my/dana-khas-satreps-pembukaan-permohonan-tahun-kewangan-2020-tarikh-tutup23-september-2019/psupp@ukm.edu.my))
    dan 1 salinan keras (hardcopy)

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian
03-89214679 atau pegawai KPM, Puan Siti Fazlina binti Mohd Sani di talian 03 – 8870
6959 (emel : sfazlina.msani@moe.gov.my) atau   Cik Nor Amira Farhana binti Ahmad
Zailani di talian 03 – 8870 6969 ext. 4584 (emel : amira.zailani@moe.gov.my).

![Icon](https://research.ukm.my/wp-content/plugins/download-manager/assets/file-
type-icons/zip.svg)

### 󠀁[SATREPS](https://research.ukm.my/download/satreps/)󠁿

 4 file(s)  0.00 KB

 [Download](https://research.ukm.my/dana-khas-satreps-pembukaan-permohonan-tahun-kewangan-2020-tarikh-tutup23-september-2019/#)
