<style id="elementor-post-17092">.elementor-17092 .elementor-element.elementor-element-178d579c > .elementor-element-populated{margin:0px 0px 0px 0px;--e-column-margin-right:0px;--e-column-margin-left:0px;padding:0rem 0rem 0rem 0rem;}.elementor-17092 .elementor-element.elementor-element-970309a{--spacer-size:50px;}.elementor-widget-text-editor{font-family:var( --e-global-typography-text-font-family ), Sans-serif;font-weight:var( --e-global-typography-text-font-weight );color:var( --e-global-color-text );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-stacked .elementor-drop-cap{background-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-framed .elementor-drop-cap, .elementor-widget-text-editor.elementor-drop-cap-view-default .elementor-drop-cap{color:var( --e-global-color-primary );border-color:var( --e-global-color-primary );}.elementor-17092 .elementor-element.elementor-element-7907c655 > .elementor-widget-container{margin:0px 0px 0px 0px;padding:0px 0px 0px 0px;}.elementor-17092 .elementor-element.elementor-element-7907c655{font-family:"Helvetica", Sans-serif;font-size:16px;color:rgba(2, 1, 1, 0.88);}.elementor-widget .tippy-tooltip .tippy-content{text-align:center;}</style># Dana Antarabangsa: Pembukaan Permohonan Geran Penyelidikan Health Systems Research Initiative (HSRI) Foundation Grant

- Link: https://research.ukm.my/dana-antarabangsa-pembukaan-permohonan-geran-penyelidikan-health-systems-research-initiative-hsri-foundation-grant/
- Published: 2021-02-08T12:13:40+08:00
- Author: Webmaster CRIM

_**United Kingdom Research and Innovation **_**(UKRI)** melalui _**The Medical Research
Council**_** (MRC), United Kingdom** ingin mempelawa mana-mana penyelidik di Malaysia
untuk memohon geran penyelidikan _**Health S**_**_ystems Research Initiative_**__**
_Foundation Grant _**untuk **i) _exploratory, stand-alone studies_**_ _atau **ii)
_pilot/feasibility work _**bagi menambahbaik sistem kesihatan di negara berpendapatan
rendah dan sederhana (_Low and Middle Income Countries_, LMIC)_._ 

Untuk makluman, penawaran geran ini tidak terbuka kepada** kajian yang berfokuskan
kepada penyakit** tertentu. Tujuan skim geran Penyelidikan _Health Systems Research
Initiative _(HSRI) ini ditawarkan ialah untuk **menyediakan peruntukan kepada kertas
cadangan terbaik yang mampu menjana pengetahuan baru bagi memperkukuhkan dan menambahbaik
sistem kesihatan di LMIC**. 

Kajian yang dibiayai oleh geran ini haruslah berpusat di negara di mana kerja-kerja
penyelidikan akan dijalankan. Malaysia memenuhi syarat bagi geran ini kerana Malaysia
dikategorikan sebagai LMIC oleh Bank Dunia di bawah _Development Assistance Committee_(
DAC) bagi O_fficial Development Assistance_ (ODA). Pihak universiti adalah dipohon
untuk mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut:

 1. Jangkaan sebanyak **£700,000 **peruntukan tersedia bagi geran ini daripada UK _Foreign,
    Commonwealth & Development Office_(FCDO), _Medical Research Council_(MRC), dan 
    Wellcome dengan kerjasama _UK Economic and Social Research Council_ (ESRC)

 2. Peruntukan yang dimohon oleh organisasi penyelidikan (RO) / Institusi Pengajian
    Tinggi (IPT) Malaysia akan dibiayai 100% dari kos ekonomi sepenuhnya

 3. Tempoh penyelidikan adalah tidak melebihi **dua (2) tahun**

 4. Tarikhakhir penghantaran permohonan ini adalah pada **26 Mei 2021 (16:00 waktu 
    UK)**

 5. Agensi pembiaya dan pelaksana bagi geran ini adalah **MRC, UK**dan** bukan Kementerian
    Pengajian Tinggi, Malaysia**

Penyelidik yang berminat untuk memohon boleh mendapatkan maklumat selanjutnya melalui
laman sesawang berikut untuk makluman lebih lanjut:_ _**[https://www.ukri.org/opportunity/health-systems-research-initiative-hsri-foundation-grant/](https://www.ukri.org/opportunity/health-systems-research-initiative-hsri-foundation-grant/)**

Sehubungan dengan ini, sukacita kerjasama pihak  YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/
Prof./tuan/puan dapat memanjangkan hebahan ini kepada penyelidik bawah pengurusan
YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./tuan/puan.
