Transformasi Luar Bandar

Nic TLB bergerak untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan bagi menghuraikan permasalahan dan membangunkan sumber pertumbuhan baru bagi masyarakat luar bandar dan terpinggir. Nic TLB berusaha untuk membangunkan penyelidikan yang akan memperkukuh dan memperkasakan masyarakat luar bandar untuk mengubah kehidupan dan meningkatkan kesejahteraan mereka. Di samping untuk mengenalpasti dan membangunkan sumber baru pertumbuhan bagi masyarakat luar bandar di peringkat peralihan. Selain itu, Nic TLB juga memfokuskan untuk Membangunkan masyarakat yang terpinggir di kawasan luar bandar (terutamanya masyarakat orang asli) dan juga pembangunan luar bandar berasaskan kawasan.

Objektif Penubuhan

  1. Membangunkan penyelidikan yang akan memperkukuh dan memperkasakan masyarakat luar bandar untuk mengubah kehidupan dan meningkatkan kesejahteraan mereka
  2. Mengenalpasti dan membangunkan sumber baru pertumbuhan bagi masyarakat luar bandar di peringkat peralihan;
  3. Membangunkan masyarakat yang terpinggir di kawasan luar bandar (terutamanya masyarakat orang asli); dan
  4. Membangunkan pembangunan luar bandar berasaskan kawasan.
    • Kelompok 1 :  Sumber Pertumbuhan Baru
    • Kelompok 2:   Pembangunan Kawasan Setempat (In’Situ)
    • Kelompok 3:   Masyarakat Terpinggir

 

PENGERUSI NIC

Prof. Madya Dr. Madeline Berma
d/a Fakulti Ekonomi & Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor.

Tel: +603 8921 5766
Fax: +603 8925 xxxx
mac@km.edu.my

Laman web: http://www.ukm.my/nictlb/