Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka permohonan Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) bagi Semester 1 2020/2021 kepada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah (calon yang belum mendaftar atau berada dalam semester pertama pengajian) secara penyelidikan dan mendaftar sepenuh masa.

Bersama – sama ini disampaikan dokumen – dokumen berkaitan bagi tujuan permohonan ini. Dokumen berkenaan adalah seperti berikut:

  1. Garis Panduan Skim Zamalah Penyelidikan iaitu seperti di Lampiran A
  2. Jadual Kerja Permohonan Skim Zamalah Universiti Penyelidikan Sem 1 2020/2021  iaitu seperti di Lampiran B
  3. Borang Permohonan Baharu seperti di Lampiran C
  4. Borang Laporan Prestasi untuk Permohonan Pelanjutan seperti di Lampiran D

Justeru, sukacita kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dipohon agar dapat memaklumkan kepada semua kakitangan akademik (penyelia) dan pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah (secara penyelidikan) di PTJ masing – masing.

Borang yang telah lengkap boleh dimajukan kepada CRIM selewatnya pada 17 September 2020 sebelum jam 5.00 petang.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut sukacita YBhg. Prof. Ulung/Datuk/Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan dapat menghubungi urus setia CRIM di talian 03 – 8921 5112 (Puan Nur Izyani Ahamad Azahari).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-