Language

Google Translator

Disclaimer Third Language Translation

Please note that the page which will be displayed later after translations have been made is an automatic computer translation. The odds that the content will differ from the original cannot be avoided. We are not responsible on any damage or wrong information which might occur from the contents which has been translated. Official content is only at the original page which is in English or Malay.

Laman Rasmi CRIM-UKM

Soalan Lazim

Jika anda mendapati FAQ ini tidak menjawab persoalan anda, anda boleh mengajukan soalan anda di sini.

Permohonan Pemindahan Siri-V

Apakah yang dimaksudkan dengan pemindahan Siri-V?

Pemindahan Siri-V adalah perubahan yang dilakukan ke atas satu siri-V tanpa mengubah peruntukan asal projek yang telah diluluskan.

Bila perlu permohonan pemindahan Siri-V perlu dibuat?

Sebaik sahaja peruntukan jumlah peruntukan vot tidak mencukupi. Pemindahan Siri-V hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang tempoh projek aktif.

Bagaimana prosedur untuk membuat permohonan pemindahan Siri-V?

  1. Ketua Projek perlu melengkapkan Borang Pemindahan Siri-V Projek Penyelidikan yang boleh dicapai melalui web CRIM dan menghantar permohonan kepada CRIM.
  2. Pertimbangan kelulusan adalah berdasarkan kepada justifikasi kukuh serta memuaskan. Permohonan yang tiada justifikasi tidak akan diberi pertimbangan. Bagi permohonan yang melibatkan pembelian peralatan V35000 perlu melampirkan sebutharga alat.
  3. Bagi Geran MOSTI dan LRGS KPT kelulusan adalah tertakluk kepada pihak pembiaya Dana. Selain geran MOSTI dan LRGS KPT, kelulusan dibuat oleh pihak CRIM.

Bagaimana saya dapat mengetahui kelulusan?

Ketua Projek akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh tujuh (7) hari dari permohonan yang lengkap diterima. Bagi permindahan yang diluluskan, pihak CRIM akan mengemaskini maklumat kelulusan dalam SMPU.

Permohonan Pelanjutan Tempoh

Bolehkah saya membuat permohonan pelanjutan tempoh projek?

Tidak digalakkan kerana projek perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Kelulusan adalah tertakluk kepada justifikasi yang kukuh.

Bagaimana prosedur untuk membuat permohonan pelanjutan tempoh projek?

  1. Ketua Projek perlu melengkapkan Borang UKM-SPKP-CRIM-PK03- BO01: Borang Permohonan Tambah Masa Projek Penyelidikan yang boleh dicapai   melalui web CRIM dan menghantar permohonan kepada CRIM.
  2. Kelulusan adalah tertakluk kepada Pembiaya Dana seperti berikut :
  • Geran MOSTI dan LRGS : Kelulusan MOSTI/KPT
  • Geran KPT selain LRGS : Permohonan lanjut tempoh kurang (6) bulan atau (6) bulan tertakluk kepada kelulusan CRIM manakala lebih (6) bulan tertakluk kepada KPT.
  • Geran luar : tertakluk kepada Pembiaya Dana

Bila permohonan boleh dibuat?

Dalam tempoh TIGA (3) bulan sebelum tamat projek.

Berapa kali permohonan boleh dibuat?

SATU (1) kali sahaja.

Bagaimana saya dapat mengetahui kelulusan?

Ketua Projek akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh tujuh (7) hari dari permohonan yang lengkap diterima/dari keputusan secara rasmi oleh Pembiaya Dana. . Bagi pelanjutan yang diluluskan, pihak CRIM akan mengemaskini maklumat kelulusan dalam SMPU.

Penghantaran Laporan Kemajuan dan Laporan Akhir Penyelidikan

Bila laporan kemajuan perlu dikemukakan?

Semua projek yang berdaftar perlu menghantar laporan kemajuan setiap (6) bulan iaitu untuk tempoh Jan-Jun (tarikh akhir 31 Julai) dan Julai-Disember (tarikh akhir 31 Januari)

Bagaimana fotmat penghantaran laporan kemajuan dan laporan akhir?

Format penghantaran laporan adalah mengikut kategori geran.

Apakah tindakan yang perlu dibuat oleh Ketua Projek?

Ketua Projek perlu melengkapkan dan menghantar laporan kemajuan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Adakah CRIM akan mengeluarkan peringatan penghantaran laporan kemajuan?

  1. Peringatan pertama akan dikeluarkan pada setiap 1 Julai (laporan Jan – Jun) / 1 Januari (laporan Julai – Disember).
  2. Sekiranya laporan kemajuan belum dihantar dalam tempoh 14 hari selepas peringatan pertama, peringatan kedua akan dikeluarkan pada 15 Julai / 15 Januari.

Apakah kesan sekiranya laporan kemajuan tidak dihantar dalam tempoh masa yang ditetapkan?

Penggunaan peruntukan projek akan dibekukan sehingglah ketua projek menghantar laporan tersebut dan disemak dan disahkan oleh Fakulti/Institut/Pusat.

Bila laporan akhir perlu dikemukakan?

Semua projek penyelidikan yang berdaftar perlu menghantar laporan akhir dalam tempoh 3 bulan selepas projek penyelidikan tamat.

Apakah langkah yang perlu dibuat oleh Ketua Projek?

Ketua Projek perlu melengkapkan dan menghantar laporan akhir selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh tamat projek. (Sila pastikan semua tuntutan pembayaran telah dijelaskan dengan bendahari UKM).

Apakah kesan sekiranya laporan akhir tidak dihantar dalam tempoh masa yang ditetapkan?

  1. Ketua Projek Dana Universiti Penyelidikan yang tidak menghantar laporan akhir dalam tempoh yang ditetapkan tidak dibenarkan memohon sebarang bentuk Dana Universiti Penyelidikan yang baharu.
  2. Bagi Ketua Projek Dana MOSTI/KPT yang tidak menghantar laporan akhir dalam tempoh yang ditetapkan adalah tertakluk kepada peraturan Kementerian.

Untuk maklumat lanjut mengenai geran penyelidikan, sila hubungi pegawai CRIM yang berkaitan :

  1. Geran Universiti Penyelidikan (Puan Syafura Abdul Halim – 89214679 & Cik Nurul Ashikin Zainurdin – 89214064)
  2. Geran Luar (Puan Siti Noraida Sood – 89215631 & Cik Nur Fazlin Abdullah – 89214392)