[vc_row][vc_column][vc_column_text]Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT (BKPI), Jabatan Pendidikan Tinggi telah membuat pindaan berkaitan syarat permohonan untuk Geran Penyelidikan Dana Penyelidikan KPM Tahun 2020 iaitu pihak BKPI bersetuju agar tempoh perkhidmatan Ketua Penyelidik MESTILAH berbaki sekurang-kurangnya SATU (1) TAHUN di institusi masing-masing. Pindaan syarat tempoh perkhidmatan ini terpakai bagi permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) sahaja.

Justeru, pihak PTj/RMC dikehendaki memastikan bahawa setiap permohonan projek FRGS yang dikemukakan ke Kementerian MESTI mempunyai seorang (1) penyelidik bersama yang mempunyai kepakaran yang sama dan dari Institusi yang sama bagi menjamin kelangsungan serta keberhasilan projek tersebut.

Sehubungan dengan ini, kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Prof. dipohon agar dapat memaklumkan pindaan syarat ini kepada semua penyelidik di PTj masing-masing.

Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato’/Datin/Prof. berhubung perkara ini amatlah dihargai[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]