Permohonan Penarafan sebagai HICoE bagi Teras Penyelidikan dan Inovasi serta Teras Perkhidmatan 2018 telah dibuka kepada semua CoE di IPT bermula dari 5 Mac 2018 sehingga 5 April 2018. Setiap permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Instrumen HICoE yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) http:///www.mohe.gov.my dan laman sesawang Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) http://www.jpt.mohe.gov.my bermula 5 Mac 2018. Pengisian data di dalam Instrumen HICoE tersebut hendaklah difokuskan kepada satu bidang nic yang terplilih dan kukuh di CoE masing-masing.

Hanya CoE yang memenuhi syarat asas dan melepasi markah minimum penarafan sahaja yang layak untuk mengemukakan softcopy dan hardcopy Instrumen (beserta dokumen bahan bukti) selewat-lewatnya pada 24 Mac 2018 kepada Urusetia CRIM Puan Dahliya Abdul Kadir. Dokumen yang diperlukan adalah seperti di bawah:

  1. Sesalinan surat penubuhan CoE yang diiktiraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU);
  2. Hardcopy Instrumen beserta senarai utama/ masterlist; dan
  3. Softcopy (pendrive/ cd) Instrumen beserta senarai utama/ masterlist dan dokumen bahan bukti

Sebarang kelewatan berkaitan penghantaran softcopy dan hardcopy permohonan akan menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan untuk proses selanjutnya. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Prof/ Dato’/Datuk/Datin/Dr. adalah dipohon untuk membuat hebahan berkaitan pembukaan permohonan HICoE kepada CoE-CoE yang terdapat di PTJ masing-masihng.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pegawai CRIM, Puan Dahliya Abdul Kadirdi talian 03-8911 8509 atau melalui emel dahliya@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]