Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) selaku Focal Point bagi kumpulan kerja APEC Policy Partnership on Science, Technology and Innovation (APEC PPSTI) telah dipelawa untuk mencalonkan seorang penyelidik atau saintis muda (di bawah usia 40 tahun pada tahun permohonan) untuk dipertimbangkan bagi Anugerah – APEC Science Prize for Innovation, Research and Education (“ASPIRE”) Prize 2018. ASPIRE Prize 2018 merupakan anugerah tahunan yang diberikan kepada seorang saintis muda di rantau APEC yang menonjol serta terkedepan dalam menjalankan penyelidikan berteraskan inovasi dalam bidang terpilih. Melalui penganugerahan ini, pemenang berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai USD25,000. Maklumat lanjut berkenaan ASPIRE Prize 2018 juga boleh diperoleh melalui Nomination packet di lampiran.

Bagi tahun 2018, negara tuan rumah APEC iaitu Papua New Guinea telah menetapkan “Smart Technologies for Healthy Societies” sebagai tema untuk Anugerah APEC ASPIRE 2018. Tema ini merangkumi sub-bidang seperti “biomedical technology, healthcare supply chains, pharmaceutical technology, point-of-care systems, wearable technology, self-help devices, artificial gene fusion, medical Informatics, cell surface display techniques, robotics, nanomedicine, 3D printing and continuous manufacturing, block chain technology, and other relevant fields”.

Kelayakan umum pencalonan bagi penyertaan adalah:

a) Mempunyai kerakyatan dari negara ahli ekonomi APEC; dan

b) Berumur bawah 40 tahun pada tahun permohonan (31 Disember 2018).

Sehubungan dengan itu, sukacita YBhg. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan dapat mengemukakan pencalonan bagi anugerah ASPIRE Prize 2018. Pencalonan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Sekretariat PPSTI Kebangsaan menerusi e-mel nazratul@mosti.gov.my dan noorahayu@mosti.gov.my pada atau sebelum 2 April 2018 (Isnin) dengan mengisi borang permohonan yang dilampirkan (nomination form) beserta dokumen tambahan seperti di bawah dan diminta mengemukakan salinan pencalonan kepada CRIM untuk tujuan rekod.

a) Maklumat CV pemohon;

b) Dua (2) surat sokongan permohonan; dan

c) Gambar pasport pemohon (>250*300 pixels).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pegawai CRIM, Puan Roslina Rosli di talian 03- 8921 5027 atau melalui emel r.rosli@ukm.edu.my

 

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]