Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Malaysian Industry Government Group for High Technology (MIGHT) dan The Centre for the Development of Industrial Technology, E.P.E. (CDTI) telah bersetuju untuk melaksanakan Malaysia-Spain Joint Programme – Malaysia-Spain Innovating Programme (MySIP) Tahun 2019 di bawah inisiatif MyPAiR.

Pembukaan permohonan ini adalah khusus bagi pelaksanaan kerjasama projek inovasi dalam bidang-bidang berikut:

(i) Sustainable City Development (Pembangunan Bandar Lestari);
(ii) Knowledge-based Economy/k-Economy (Ekonomi berasaskan Pengetahuan); dan
(iii) Advanced Manufacturing and Materials (Pembuatan dan Bahan Termaju).

Maklumat lanjut mengenai permohonan boleh dicapai melalui https://www.might.org.my/might-cdti-1st-call-for-proposals-under-mysip-malaysia-spain-innovating-programme/. Penyelidik yang berminat boleh membuat permohonan dengan merujuk kepada syarat dan kriteria permohonan dengan mengambil kira perkara berikut :

(i) Permohonan perlu disediakan secara bersama dengan penyelidik bersama menggunakan templet permohonan yang disediakan;
(ii) Permohonan yang disediakan perlu dikemukakan oleh Penyelidik Utama daripada Malaysia melalui CRIM. Permohonan yang sama juga perlu dikemukakan oleh Penyelidik Utama Sepanyol melalui laman web CDTI;
(iii) Permohonan peruntukan perlu diperaku oleh CRIM sebelum dimajukan kepada KPM. Walau bagaimanapun, penilaian dalaman bagi penghantaran ini tidak perlu dilaksanakan.

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat kepada CRIM adalah seperti berikut:
a) Surat rasmi Fakulti/Institut/Pusat: Sebagai bukti penghantaran permohonan.
b) Borang Permohonan: 1 salinan lembut (softcopy) dalam format pdf
(Urus setia F/I/P emel kepada psupp@ukm.edu.my) dan 1 salinan keras (hardcopy).
c) Senarai Permohonan (Masterlist): 1 salinan lembut (softcopy) dalam format excel dan mengikut templet yang diberikan (Urus setia F/I/P emel kepada psupp@ukm.edu.my) dan 1 salinan keras (hardcopy).

Permohonan yang lengkap perlu dihantar kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) melalui Sektetariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat selewat-lewatnya pada 16 Mac 2020 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau pegawai KPM, Puan Siti Fazlina binti Mohd Sani di talian 03 – 8870 6959 (emel : sfazlina.msani@moe.gov.my) atau Cik Nor Amira Farhana binti Ahmad Zailani di talian 03 – 8870 6969 ext. 4584 (emel : amira.zailani@moe.gov.my).

  • 3 File Count
  • 29/10/2019 Last Updated

Muat Turun/ Download
FileAction
1. Surat PemaklumanDownload 
2. Borang PermohonanDownload 
3. Senarai Permohonan (Masterlist)Download