Institut Sukan Negara (ISN) sedang menawarkan permohonan geran penyelidikan bagi tahun 2018. Penyelidik yang berminat boleh mengisi borang permohonan secara atas talian melalui rms.isn.gov.my.Tarikh akhir penghantaran permohonan ialah pada 15 April 2018 (Ahad).

Maklumat pemohonan daripada penyelidik yang telah dihantar secara atas talian perlu diemelkan kepada pegawai CRIM (emel : psupp@ukm.edu.my) dan disalinkan kepada Timbalan Dekan Penyelidikan Fakulti/Timbalan Pengarah Institut/Pusat untuk tujuan rekod.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pegawai CRIM, Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-8921 4679 atau email psupp@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[su_list icon=”icon: download” icon_color=”#001cf2″]