Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil. 5/2019 bertarikh 16 April 2019 telah meluluskan satu agihan geran baharu iaitu Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP) menggunakan agihan Dana Universiti Penyelidikan (UP). Geran ini diperuntukan khas kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) termasuk Guru Bahasa yang sedang berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) membuka permohonan bagi Geran Galakan Pengurusan & Profesional (GGPP) Tahun 2019 mulai 1 Julai 2019 hingga 30 Ogos 2019. Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) termasuk Guru Bahasa yang berminat serta menepati syarat kelayakan, boleh mengisi borang permohonan secara atas talian melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU).

Sukacita diingatkan setiap permohonan hendaklah dinilai dan dimurnikan di peringkat Fakulti/Institu/Pusat. Permohonan yang tidak melalui proses penilaian tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai geran ini, boleh menghubungi pegawai CRIM, Cik Norzahira Ramli di talian 03-8921 4392/ norzahira@ukm.edu.my atau Puan Syafura Abd Halim ditalian 03-8921 4679/ psupp@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

Nota: Untuk mengakses garis panduan sila login menggunakan akaun email @ukm.edu.my / @ppukm.ukm.edu.my / @siswa.ukm.edu.my yang telah didaftarkan.