[vc_row][vc_column][vc_column_text]Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) pada tahun ini telah membuka permohonan Dana R&D kepada semua penyelidik. Permohonan ini dibuka sepanjang tahun.

Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian menggunakan sistem eDana melalui pautan https://edana.mestecc.gov.my/. Garis Panduan Dana R&D juga boleh dirujuk melalui portal yang diberikan. Permohonan yang telah dihantar melalui Sistem eDana perlu dihantar secara hardcopy kepada CRIM melalui Sekretariat Penyelidikan fakulti/institut/pusat masing-masing mengikut jadual penghantaran (https://goo.gl/uJrV8a)

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat kepada CRIM adalah seperti di lampiran (https://goo.gl/uJrV8a)

Sukacita diingatkan bahawa, sekiranya pemohon ada mengetuai projek ScienceFund terdahulu dan telah tamat, pastikan Ketua Projek telah mengisi laporan akhir dalam sistem eScienceFund untuk mengelakkan sebarang masalah semasa proses penilaian permohonan baharu di peringkat MESTECC. Pihak Urusetia Penyelidikan fakulti/institut/pusat digalakkan membuat proses penilaian/pemurnian permohonan agar proposal yang dihantar berkualiti dan menepati keperluan garis panduan.

Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan kepada Puan Siti Noraida Binti Sood (Tel: 03-8921 5631, Emel: ctaida@ukm.edu.my).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]