[vc_row][vc_column][vc_column_text]Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan membuka permohonan bagi Dana Penyelenggaraan Peralatan Penyelidikan Gunasama UKM Tahun 2019. Peralatan penyelidikan gunasama ditakrifkan sebagai instrumen yang boleh digunakan oleh penyelidik-penyelidik atau kumpulan penyelidikan dari berbilang Fakulti/Institut/Pusat atau berbilang nic yang merangkumi pelbagai latar bidang penyelidikan seperti sains sosial, kejuruteraan, sains dan teknologi serta perubatan. Objektif dana ini adalah untuk membantu Fakulti/Institut/Pusat menyelenggara peralatan penyelidikan Universiti agar peralatan ini dapat diguna secara bersama oleh penyelidik dalam dan luar UKM. Dana penyelenggaraan ini juga penting supaya peralatan penyelidikan dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Permohonan dana akan dibuka mulai 3 September 2019 hingga 20 September 2019. Setiap permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Dana Penyelenggaraan Peralatan Gunasama UKM yang boleh dimuat turun di laman sesawang CRIM https://research.ukm.my. Bersama-sama ini disampaikan Garis Panduan Dana Penyelenggaraan Peralatan Penyelidikan Gunasama UKM dan Jadual Kerja Permohonan untuk perhatian dan tindakan YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./tuan/puan selanjutnya.

Sukacita diingatkan setiap permohonan hendaklah dihantar melalui Fakulti/Institut/Pusat. Fakulti/Institut/Pusat perlu memberi ranking keutamaan permohonan memandangkan jumlah peruntukan yang ada hanyalah RM200 ribu. Permohonan yang tidak melalui Fakulti/Institut/Pusat tidak akan dipertimbangkan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai geran ini, boleh menghubungi pegawai CRIM: Puan Norzamzurina Ismail di talian 03-8911 8506/ norzamzurina@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]