Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) dari semasa ke semasa sentiasa berusaha menambahbaik sistem pengurusan atas talian CRIM bagi memudahkan semua Fakulti/Institut/Pusat. Justeru, pihak CRIM ingin memaklumkan bahawa penambahbaikan telah dibuat untuk permohonan mengadakan aktiviti penyelidikan di Sistem e-Mohon Aktiviti Rasmi (Sistem e-Aktiviti), di mana:

i. Pihak Fakulti/Institut/Pusat tidak perlu lagi mengemukakan salinan keras (hardcopy) permohonan mengadakan aktiviti penyelidikan ke CRIM bagi tujuan semakan dan kelulusan sebagaimana proses sebelum ini;

ii. Dengan penambahbaikan ini menjadikan permohonan mengadakan aktiviti penyelidikan hanya perlu dilakukan sepenuhnya dalam Sistem e-Aktiviti yang boleh dicapai melalui http://www.my/eaktiviti ataupun melalui aplikasi Gerbang Warga UKM melalui carian Aktiviti Rasmi; dan

iii. Proses baharu ini berkuatkuasa serta merta.

Pihak CRIM berharap semoga proses kerja yang baharu ini akan lebih memudahkan dan melancarkan permohonan mengadakan aktiviti penyelidikan melalui Sistem e-Aktiviti di peringkat Fakulti/Institut/Pusat. 

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pegawai CRIM Puan Roslina Rosli (Ketua Pegawai Penyelidik Sosial) di talian 03-89215027 atau melalui emel r.rosli@ukm.edu.my.