Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membuka permohonan untuk GGPM bermula pada 16 April 2018 (Isnin) hingga 21 Mei 2018 (Isnin). Permohonan adalah secara atas talian melalui SMPU (https://appsmu.ukm.my/smpu/).

Permohonan yang telah dihantar secara atas talian perlulah dicetak sebanyak 2 salinan dan dihantar ke Fakulti/Institut masing-masing untuk pemurnian peringkat fakulti/institut. Permohonan yang tidak melalui proses pemurnian di peringkat fakulti/institut tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM.

Permohonan GUP perlu memenuhi kriteria berikut:

  • Geran ini terbuka kepada semua kakitangan akademik AKTIF UKM.
  • Cadangan penyelidikan perlu menepati fokus Cabaran Perdana dan mempunyai rakan kolaborasi dari agensi kerajaan, swasta atau komuniti. Rakan kolaborasi berperanan sebagai penghubung untuk tujuan pra pengkomersilan atau menggunakan hasil penyelidikan dari projek ini.
  • Permohonan perlu mengemukakan pembuktian seperti surat persetujuan rasmi dari rakan kolaborasi.
  • Menepati siling peruntukan iaitu RM100,000.00.
  • Permohonan baru bagi penyelidik yang telah diluluskan GUP pada fasa terdahulu akan diberi pertimbangan jika tahap selesai projek adalah pada kadar 75% (pembuktian melalui Laporan Kemajuan terbaru).

Taklimat permohonan projek GGPM & GUP akan diadakan pada 20 April 2018 (Jumaat), jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Persidangan CRIM. Taklimat ini terbuka kepada Urusetia Penyelidikan di PTJ dan penyelidik yang berminat untuk memohon. Sila hubungi pegawai CRIM (Pn. Syafura Abdul Halim) di talian 03-89214679 atau emel (psupp@ukm.edu.my) untuk maklumat lanjut.

Disampaikan Garis Panduan GUP, Jadual Kerja Permohonan dan Manual Operasi Permohonan SMPU.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai CRIM, Cik Nurul Ashikin Zainurdin di talian 03-89214064 atau emel nurul_ashikin@ukm.edu.my.