Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membuka permohonan untuk GGPM bermula pada 16 April 2018 (Isnin) hingga 21 Mei 2018 (Isnin). Permohonan adalah secara atas talian melalui SMPU (https://appsmu.ukm.my/smpu/).

Permohonan yang telah dihantar secara atas talian perlulah dicetak sebanyak 2 salinan dan dihantar ke Fakulti/Institut masing-masing untuk pemurnian peringkat fakulti/institut. Permohonan yang tidak melalui proses pemurnian di peringkat fakulti/institut tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian peringkat UKM.

Permohonan GGPM perlu memenuhi kriteria berikut:

  1. Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik UKM yang memenuhi syarat-syarat berikut:
    i. Penyelidik/Felo yang baru selesai dari bercuti belajar serta lulus Ijazah Doktor Falsafah/setara
    ii. Telah berkhidmat tidak melebihi 3 tahun dari tarikh lapor diri selepas bercuti belajar.
    iii. Bagi pensyarah baru (tiada cuti belajar), had umur adalah 40 tahun pada tahun penilaian.
    iv. Pensyarah/Felo yang belum mengetuai sebarang projek penyelidikan akan diberikan keutamaan.
  2. Pemohon wajib menyenaraikan seorang penyelidik berstatus Prof/Prof. Madya sebagai Penyelidik Bersama untuk dijadikan ‘mentor’ dalam menjalankan penyelidikan dan penerbitan.
  3. Permohonan yang dibuat mestilah kesinambungan daripada bidang pengajian pasca siswazah atau sebagai lanjutan daripada bidang penyelidikan semasa calon.
  4. Menepati syiling peruntukan seperti berikut:
    i. Bidang Sains Sosial :RM30,000.00
    ii. Bidang Sains & Teknologi :RM50,000.00

Taklimat permohonan projek GGPM & GUP akan diadakan pada 20 April 2018 (Jumaat), jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Persidangan CRIM. Taklimat ini terbuka kepada Urusetia Penyelidikan di PTJ dan penyelidik yang berminat untuk memohon.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai CRIM, Cik Nurul Ashikin Zainurdin di talian 03-89214064 atau emel nurul_ashikin@ukm.edu.my.