Tarikh Pembukaan : 15 Januari 2019 – 28 Februari 2019 (1 Bulan ½)
Tarikh Akhir Penghantaran Proposal : 5 Februari 2019
Tempoh Penyelidikan : Tidak Melebih 2 Tahun
Syiling Permohonan : Rm500,000.00

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan geran penyelidikan PRGS bagi tahun 2018 kepada para penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mulai 15 Januari 2019.

Pihak Kementerian akan memberi pertimbangan bagi permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2019 berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

(i) Penyelidik:
a. Permohonan dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat;
b. Ketua Projek/ Ketua Program mestilah telah mengisi dan melengkapkan laporan prestasi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu dalam modul pemantauan Sistem MyGRANTS (kecuali RAGS 2012-2013, RACE, LRGS, NRGS);
c. Penyelidik dibenarkan untuk memohon skim geran yang berbeza. Walau bagaimanapun, penyelidik hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu (1) permohonan sahaja sebagai Ketua Projek bagi setiap skim geran yang ingin dipohon bagi tahun 2019; dan
d. Telah mengemaskini dan melengkapkan semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) di profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS. KPM berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tidak dikemas kini atau tidak lengkap.

(iii) Permohonan Baharu
a. Kertas cadangan penyelidikan perlu menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan dan Tadbir Urus yang berkuat kuasa; dan
b. Jumlah peruntukan dan tempoh yang dipohon hendaklah menepati syarat seperti di jadual berikut:
Skim Geran : Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS)
Siling Permohonan : RM500,000.00
Tempoh Penyelidikan : Tidak melebihi dua (2) tahun

Pemohon perlu membuat permohonan PRGS secara atas talian menggunakan sistem MyGRANTS melalui pautan https://mygrants.gov.my mulai 15 Januari 2019. Garis Panduan PRGS (Pindaan 2019) boleh dirujuk melalui portal MyGRANTS.

Untuk pertanyaan sila hubungi saya, Firdaus Banhawi (Tel.: 03-8921 4821 / emel: firban@ukm.edu.my).