[vc_row][vc_column][vc_column_text]Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Ministry of Europe and Foreign Affairs (MEAE) dan Ministry of National Education, Higher Education and Research (MESRI) Perancis telah bersetuju untuk melaksanakan Hubert Curien Partnership – Hibiscus (PHC-Hibiscus) di bawah program Malaysia Partnerships and Alliances in Research (MyPAIR). MyPAIR merupakan inisiatif KPM dalam mengukuhkan penyelidikan Malaysia melalui kerjasama penyelidikan bersama industri dan antarabangsa. Kerjasama penyelidikan yang dilaksanakan di bawah MyPAIR merupakan pelaksanaan projek secara bersama dengan rakan kerja daripada sektor industri mahu pun antarabangsa. Kerjasama penyelidikan dicapai melalui perkongsian kepakaran, sumber, peralatan dan infrastruktur dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan.

Permohonan PHC-Hibiscus Tahun 2019 akan dibuka mulai 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019 melalui Malaysia Greater Research Network Systems (MyGRANTS). Penyelidik yang berminat boleh mengambil perhatian dan tindakan berikut :

i. Membaca dan mematuhi syarat permohonan dan peraturan kewangan (Rujuk Garis Panduan Permohonan PHC-Hibiscus France – Malaysia yang dilampirkan);
ii. Mengisi dan menghantar permohonan melalui MyGRANTS selewat-lewatnya pada 13 Mac 2019 (Rabu) jam 11.59 malam. Permohonan yang dihantar selepas tarikh ini tidak akan dipertimbangkan oleh CRIM;
iii. Permohonan perlu diisi dalam Bahasa Inggeris;
iv. Memasukkan senarai penyelidik bersama dari Perancis dalam permohonan yang dikemukakan;dan
v. Permohonan yang dihantar melalui Sistem MyGRANTS akan disemak dan diperaku oleh CRIM melalui MyGRANTS kepada KPM selewat-lewatnya pada15 Mac 2019 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, boleh hubungi pegawai CRIM, Puan Syafura binti Abdul Halim ditalian 03-89214679 atau Cik Norzahira Ramli di talian 03-89214392.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]