[vc_row][vc_column][vc_column_text]Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) sedang menawarkan permohonan Program MTSF iaitu Science & Technology Award (STA), Science & Technology Research Grant (STRG) dan Science Education Award (STA).

Penyelidik yang berminat boleh mengisi borang permohonan mengikut format yang ditetapkan oleh MTSF. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui www.mtsf.org. Semua permohonan daripada penyelidik perlu dikemukakan kepada CRIM sebelum atau pada 24 Mei 2019 (Jumaat) sebelum jam 12.00 tengah hari melalui Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat untuk tujuan penyelarasan di peringkat CRIM. Borang permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan kepada MTSF.

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat adalah seperti berikut:
a.) Surat rasmi daripada Fakulti/Institut/Pusat: Sebagai bukti penghantaran permohonan
b.) Borang Permohonan: 1 salinan lembut (softcopy) – emel kepadapsupp@ukm.edu.my, 2 salinan keras (hardcopy) dan Ulasan penilaian oleh Panel Penilai/JK Penilaian di peringkat Fakulti/Institut/Pusat (tertakluk kepada format Fakulti/Institut/Pusat)
c.) Senarai Permohonan (Masterlist): 1 salinan lembut (softcopy) dalam format excel mengikut templet yang diberikan – emel kepadapsupp@ukm.edu.my dan 1 salinan keras (hardcopy).

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada pegawai CRIM, Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau Susan Lim, Sekretariat MTSF ditalian 04-3854151 atau emel mtsf@toray.com.my

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]