[vc_row][vc_column][vc_column_text]Malaysia menerusi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Malaysia telah menerima pelawaan daripada United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) bersama International Center for Sustainable Energy Development (ISEDC) Moscow untuk menyertai UNESCO/ISEDC Co-Sponsored Fellowship Programme – 2020. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan kapasiti dan sumber manusia dalam bidang Sustainable and Renewable Energy di negara-negara membangun.

Untuk makluman, program ini akan berlangsung selama 4 minggu bermula 5 – 30 Oktober 2020 dengan menggunakan perantaraan Bahasa Inggeris di negara Persekutuan Russia. Bagi calon yang berjaya dipilih, pihak UNESCO akan menanggung perbelanjaan penerbangan pergi-balik dan one time travel allowance (US$ 100), manakala pihak ISEDC akan memberikan elaun bulanan sebanyak US$ 450 bagi menanggung kos penginapan, makan-minum dan lain-lain. Maklumat lanjut mengenai program ini adalah seperti di Lampiran atau layari http://www.unesco.org/new/en/fellowships/programmes/unescoisedc-co-sponsored-fellowships-programme/ .

Penyelidik yang berminat hendaklah menghantar borang permohonan (seperti di Lampiran), serta dokumen sokongan yang berkaitan kepada nurulahernesto@mestecc.gov.my dan haslinda@mestecc.gov.my selewat-lewatnya pada 6 Mac 2020 (Jumaat), bagi tujuan pengesahan dan sokongan oleh pihak Kementerian selaku Jawatankuasa Tetap Sains, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO di Malaysia dan disalinkan kepada emel ini dan Timbalan Dekan/Pengarah PTJ.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh hubungi Encik Nurulah Ernesto Bin Kennedy, Bahagian Antarabangsa, MESTECC di talian 03- 8885 8224.[/vc_column_text][vc_empty_space height=”10px”][vc_custom_heading text=”Sila klik dibawah untuk muat turun:-” font_container=”tag:h5|text_align:left” use_theme_fonts=”yes”][ultimate_icon_list icon_size=”10px”][ultimate_icon_list_item icon_type=”custom” icon_img=”id^15921|url^http://research.ukm.my/wp-content/uploads/2020/01/3009539621529652585.svg|caption^null|alt^null|title^3009539621529652585|description^null”]Lampiran[/ultimate_icon_list_item][/ultimate_icon_list][/vc_column][/vc_row]