Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir penghantaran permohonan HICoE KPT 2018 adalah pada 24/3/2018. Walaubagaimanapun, tarikh akhir penghantaran permohonan dilanjutkan sehingga 27 Mac 2018 (Selasa) sebelum jam 5 petang. Sehubungan dengan itu, pemohon diingatkan untuk mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  1. Sesalinan surat penubuhan CoE yang diiktiraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU);
  2. Hardcopy Instrumen beserta senarai utama/ masterlist; dan
  3. Softcopy (pendrive/ cd) Instrumen beserta senarai utama/ masterlist dan dokumen bahan bukti

​Semua permohonan hendaklah dihantar kepada Urusetia CRIM Pn Dahliya Abdul Kadir (8509/ dahliya@ukm.edu.my) atau Pn Norzamzurina Ismail​ (8506/ norzamzurina@ukm.edu.my). Sebarang kelewatan berkaitan penghantaran softcopy dan hardcopy permohonan akan menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan untuk proses selanjutnya.

Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Prof/ Dato’/Datuk/Datin/Dr. adalah dipohon untuk membuat hebahan berkaitan tarikh akhir penghantaran permohonan HICoE kepada CoE-CoE yang terdapat di PTJ masing-masing.

Sekian dimaklumkan.