Politik dan Keselamatan

Nic Politik dan Keselamatan terbahagi kepada 4 kelompok penyelidikan iaitu kajian pendemokrasian, kajian wacana keselamatan, kajian wacana perundingan dan perhubungan antarabangsa dan kajian undang-undang dan penyelesaian pertikaian. Pendemokrasian adalah satu proses yang dilalui oleh negara dan masyarakat baik yang mengamalkan sistem perwakilan ataupun sebaliknya. Kelompok Keselamatan memberi tumpuan kepada keselamatan tradisional dan keselamatan bukan tradisional (keselamatan insan). Keselamatan Tradisional adalah bidang ilmu yang berkaitan dengan keselamatan dari perkspektif negara dan melibatkan isu sempadan dan pertahanan negara.  Kelompok wacana perundingan memberi penekanan kepada wacana (teks dan lisan) yang diketengahkan oleh aktor di arena antarabangsa  dan nasional dalam proses rundingan. Manakala kelompok kajian undang-undang dan penyelesaian pertikaian menjurus kepada isu pengawalseliaan dan penyelesaian pertikaian dengan menggunakan undang-undang sebagai landasan.

Objektif Penubuhan

  • Memperkasa Kesepaduan Sosial Dalam Kepelbagaian Budaya dan Agama,
  • Mengukuhkan Peranan Sejarah Sosial dan Kewujudan Dunia Melayu,
  • Memantapkan Komunikasi, Identiti Nasional dan Kesetaraan Gender.

 

PENGERUSI NIC

Prof. Dr. Rashila Ramli
d/a Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa (IKMAS)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor.

Tel: +603 8921 3949
Fax: +603 8921 xxxx
rashila@ukm.edu.my

Laman web: http://www.ukm.my/nicpk/