Pembangunan Lestari Wilayah

Malaysia mengalami perubahan yang pesat dalam bidang ekonomi, sosial dan alam sekitar sejak lima abad kebelakangan dan proses tersebut bakal berterusan menjelang tahun 2020. Kemajuan yang pesat ini secara tidak langsung akan menjejaskan kesihatan alam sekitar lantaran penggunaan sumber alam semulajadi yang berlebihan dan tidak terkawal. Maka adalah penting untuk mengimbangi pembangunan tanpa menjejaskan alam sekitar di samping membantu perkembangan ekonomi. Pembangunan yang menyeluruh dan bersepadu ini dikenali sebagai pembangunan lestari. Melalui penerapan konsep pembangunan lestari, ia dapat membantu mencapai pelbagai matlamat pembangunan negara yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia, termasuk perlaksanaan konsep 1 Malaysia serta Model Ekonomi Baru yang berhasrat meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui penjanaan pendapatan tinggi, memastikan keterangkuman dan kelestarian.

Dengan menyedari kepentingan pembangunan lestari, UKM telah membangunkan Nic Pembangunan Lestari Wilayah (PLW) sebagai satu bidang penyelidikan yang bersifat multi dan inter-disiplin untuk menerajui ilmu kelestarian. Penyelidik-penyelidik di bawah Nic PLW berhasrat memberi input melalui penjanaan ilmu daripada aktiviti penyelidikan lantas membina kekuatan penyelidikan dan pembinaan keupayaan menuju ke arah yang lebih mantap. Hasil penyelidikan juga disebarkan, sama ada secara formal atau tidak formal, kepada pihak-pihak berkepentingan seperti pembuat dasar dan keputusan, kerajaan, pihak swasta dan masyarakat umum.

PENGERUSI NIC
Prof. Dr. Mohd  Raihan Taha
d/a Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor.

Tel: +603 8921 4144
Fax: +603 8925 5104
pghlestari@ukm.edu.my

Laman Web: http://ww.ukm.my/plw/