Perubahan Iklim

Nic Perubahan Iklim telah ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia sejajar dengan saranan Dasar Kebangsaan Malaysia 2009 yang menekankan tentang keseimbangan adaptasi dan penebatan dalam menangani perubahan iklim global. Pendorong perubahan iklim serta asas keilmuan saintifiknya perlu difahami dan diterapkan dalam perancangan pembangunan negara. Punca utama pelepasan karbon di Malaysia adalah daripada aktiviti pengangkutan, pembinaan, pembersihan tapak dan pemprosesan, di samping pelepasan dari industri tenaga dan pembuatan, manakala perubahan guna tanah hutan juga telah meningkat berlipat ganda. Malaysia telah komited untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau sehingga 35 juta metrik tan menjelang tahun 2020 bagi memelihara alam sekitar. Oleh itu, keutamaan nic ini adalah untuk menjalankan pelbagai penyelidikan multidisiplin untuk menjamin agar hasrat kerajaan ini dapat dicapai. Pendekatan nic ini yang bersifat holistik bertujuan untuk memberikan hasil yang terbaik buat Malaysia dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa untuk mengurangkan emisi gas rumah hijau, sambil menangani impak perubahan iklim di masa akan datang, demi menjamin kesejahteraan manusia.

Objektif utama Nic Perubahan Iklim UKM adalah untuk menumpukan perhatian kepada penyelidikan, pengajaran dan perundingan dalam aspek-aspek sains dan perundangan, perubahan iklim. Selain itu, nic juga merangkumi isu-isu berkaitan perjanjian bilateral dan multi-lateral, keselamatan, perancangan, undang-undang antarabangsa, instrumen ekonomi dan teknologi hijau. Aspek lain yang di beri perhatian termasuklah penyelidikan ke arah pengurangan emisi karbon, polisi awam, advokasi, kesedaran dan pendidikan awam. Melalui penyelidikan, pengajaran dan perundingan dalam bidang ini, maka diharapkan semoga Nic Perubahan Iklim ini dapat dijadikan sebagai pusat rujukan di dalam dan di luar negara berhubung hal-hal perubahan iklim.

PENGERUSI NIC

 

 

 

 

 

Prof. Dr. Sharifah Mastura Syed Abdullah
d/a Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan (FSSK)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor.

Tel: +603 8921 5354
Fax: +603 8925 3826
dfssk@ukm.my

Laman web: http://www.ukm.my/nicpi/