Nic Penyelidikan

Pengenalan

Universiti Kebangsaan Malaysia mengendali aktiviti penyelidikan yang meluas meliputi pelbagai bidang dan membawa pengetahuan kepada satu tahap bagi menjadi satu himpunan disiplin akademik. Ia membekal maklumat dan teknologi untuk pemegang amanah, menggalak pertumbuhan ekonomi, pembangunan lestari dan memberi penjelasan tentang kesejahteraan manusia. Menyedari kepelbagaian sumber alam semula jadi yang terdapat di Malaysia dan ketersediaan sumber manusia yang mampu menjala penyelidikan dengan cekap, UKM terus memberi sumbangan dan sokongan kepada sektor awam dan swasta yang cenderung untuk bersaing dan meningkat prestasi melalui penyelidikan dan pembangunan yang bertaraf dunia.

Pengenalan

Hari ini, UKM menempat kekuatan dan usaha penyelidikannya dalam bidang nic penyelidikan yang strategik dan bersifat multidisiplin. Kriteria pemilihan Nic Penyelidikan dibuat berasaskan kepada Nic yang dipilih mestilah dapat menggembleng kekuatan dan menyatu padu pelbagai disiplin atau bidang yang sudah mantap atau bidang baru tetapi menjadi tujahan Negara dan dunia. Nic yang dipilih ini menerap pendekatan holistik yang menggabung pendidikan, penyelidikan dan khidmat masyarakat. Setiap Nic mempunyai kelompok dan kumpulan penyelidikan di bawahnya. 12 Nic penyelidikan UKM adalah seperti berikut:

1. NEGARA BANGSA

2. PEMBANGUNAN LESTARI WILAYAH

3. TENAGA KETERBAHARUAN

4. TEKNOLOGI KESIHATAN & PERUBATAN

5. PERUBAHAN IKLIM

6. NANOTEKNOLOGI DAN BAHAN TERMAJU

7. KEPELBAGAIAN BIOLOGI DALAM PEMBANGUNAN BIOTEKNOLOGI

8. ICT: INFORMATIK ISIAN

9. EKONOMI, KEWANGAN DAN PERNIAGAAN

10. PENDIDIKAN DAN PERADABAN

11. TRANSFORMASI LUAR BANDAR

12. POLITIK DAN KESELAMATAN