Pekeliling CRIM 7/2015: Tawaran Permohonan Zamalah Penyelidikan Semester 1 2015/2016

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa permohonan daripada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah yang mengikuti pengajian secara penyelidikan dan mendaftar sepenuh masa untuk memohon Skim Zamalah Penyelidikan.

Pelajar yang berminat dan mencapai syarat kelayakan seperti yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan kepada CRIM selewat-lewatnya pada 14 Ogos 2015. Sebarang pertanyaan mengenai Skim Zamalah Penyelidikan, boleh hubungi pegawai CRIM, Cik Nur Izyani Ahamad Azahari di talian 03 – 8921 4455

Sila klik dibawah untuk muat turun:-