Tawaran Permohonan Skim Zamalah Penyelidikan (Universiti Penyelidikan) Sem 1 2017/2018

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa permohonan daripada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah (Warganegara) yang mengikuti pengajian secara penyelidikan dan mendaftar sepenuh masa untuk memohon Skim Zamalah Penyelidikan Sem 1 2017/2018.

Pelajar yang berminat dan mencapai syarat kelayakan seperti yang ditetapkan perlu memuatnaik cadangan penyelidikan yang telah diperakukan di peringkat Fakulti/Institut/Pusat untuk tujuan penilaian dan perakuan. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui http://appsmu.ukm.my/smip/login mulai 1 Ogos 2017 sehingga 14 Ogos 2017. Borang yang lengkap perlu dicetak dan dimajukan ke CRIM sebelum 16 Ogos 2017.

Sebarang pertanyaan mengenai Skim Zamalah Penyelidikan, boleh hubungi pegawai CRIM, Cik Nur Izyani Ahamad Azahari di talian 03 – 8921 5112.

Bersama-sama ini disampaikan beberapa dokumen untuk makluman dan rujukan seperti berikut:

Sila klik dibawah untuk muat turun:-