Taklimat Permohonan Pusat Kecemelangan Pengajian Tinggi (HICoE) 2018 Kementerian Pengajian Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengadakan Taklimat Permohonan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) 2018 sepeti ketetapan berikut:
Tarikh: 20 Mac 2018 (Selasa)
Masa: 9 pagi sehingga 5.30 petang
Tempat: Dewan Za’aba, Aras Tanah, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya
Agenda: https://goo.gl/zz9ERx

Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Prof/ Dato’/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk membuat hebahan berkaitan taklimat permohonan HICoE kepada CoE-CoE yang terdapat di PTJ masing-masing. Pengesahan kehadiran perlu dibuat melalui google form https://goo.gl/97TF3U selewat-lewatnya pada 13 Mac 2018. Ingin diingatkan hanya seorang sahaja wakil untuk setiap PTJ.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pegawai CRIM, Puan Dahliya Abdul Kadir di talian 03-8911 8509 atau melalui emel dahliya@ukm.edu.my.