Sesi Taklimat Pengisian Laporan Melalui Sistem MyGRANTS

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) akan mengadakan Sesi Taklimat Pengisian Laporan melalui Sistem MyGRANTS pada:

Tarikh : 11 Ogos 2017 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi-12.00 tengahari
Tempat : Dewan Persidangan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
Jumlah Penyertaan : Terhad kepada 200 orang

Tujuan taklimat ini adalah untuk menerangkan langkah-langkah mengisi laporan dalam MyGRANTS dan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam pengisian laporan kemajuan/akhir dalam sistem MyGRANTS.

Penyelidik yang berminat boleh membuat pengesahan kehadiran selewat-lewatnya pada 7 Ogos 2017 melalui google form https://goo.gl/forms/UJL36pOR5Wd6lhJc2.

Aturcara Program:
8.30 pagi – Pendaftaran dan minum pagi
9.00 pagi – Alu-aluan oleh Timbalan Pengarah (Perancangan, Operasi & Kualiti) CRIM
9.15 pagi – Taklimat Pengisian Laporan di Sistem MyGRANTS
11.00 pagi – Sesi Soal Jawab