Permohonan Bagi Projek Penyelidikan Di Bawah Program Kerjasama Teknikal Di Dalam Bidang Sains & Teknologi (Satreps) Antara Kerajaan Malaysia Dengan Kerajaan Jepun Bagi Tahun Kewangan 2017

Pembukaan permohonan bagi projek penyelidikan di bawah kerjasama teknikal di dalam bidang sains & teknologi antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Jepun bagi tahun kewangan 2017 telah dibuka. Tujuan utama kerjasama ini adalah untuk mewujudkan satu jaringan kerjasama antarabangsa di kalangan negara-negara membangun bagi menangani isu-isu global di dalam bidang sains dan teknologi.

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada CRIM​ ​sebanyak 2 salinan selewat-lewatnya pada 12 Oktober 2016 (Rabu)​.​ Beberapa maklumat dan syarat utama permohonan di bawah bantuan teknikal ini boleh dirujuk melalui link ini: http://www.jst.go.jp/global/english/koubo.html. Borang permohonan adalah seperti di lampiran.

​Sehubungan itu, pihak ​​YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan dipohon agar dapat memanjangkan perkara ini kepada setiap penyelidik di Fakulti/Institut/Pusat dan menggalakkan para penyelidik memohon geran ini.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

Download WordPress Themes
Download Nulled WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
Download WordPress Themes Free
free download udemy paid course
download karbonn firmware
Download WordPress Themes
free online course