Permohonan APEC Funds 2018 for Capacity Building Projects Sesi 2-2018

Permohonan APEC Funds 2018 for Capacity Building Projects sesi 2-2018 sedang dibuka sehingga 22 Jun 2018. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui https://www.apec.org/Projects/Applying-for-Funds. Penyelidik yang berminat boleh mengisi borang permohonan kertas konsep mengikut format yang ditetapkan oleh APEC.

Permohonan daripada penyelidik perlu dikemukakan kepada CRIM selewat-lewatnya sebelum atau pada 18 Jun 2018 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengah hari melalui Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat untuk tujuan penyelarasan di peringkat CRIM sebelum dihantar kepada MOSTI.

Dokumen permohonan yang perlu dikemukakan oleh Sekretariat Penyelidikan Fakulti/Institut/Pusat adalah seperti berikut:
1. Surat rasmi daripada Fakulti/Institut/Pusat: Sebagai bukti penghantaran permohonan.
2. Borang Permohonan: 1 salinan lembut (softcopy) – emel kepada psupp@ukm.edu.my, 1 salinan keras (hardcopy) dan Ulasan penilaian oleh Panel Penilai/JK Penilaian di peringkat Fakulti/Institut/Pusat (tertakluk kepada format Fakulti/Institut/Pusat).
3. Senarai Permohonan (Masterlist): 1 salinan lembut (softcopy) dalam format excel mengikut templet yang diberikan – emel kepada psupp@ukm.edu.my dan 1 salinan keras (hardcopy).

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada pegawai CRIM, Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau Cik Nazratul Ain Mohamad Ali (Bahagian Antarabangsa MOSTI) di talian 03-8885 8236/017-7818560.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-