Pencalonan Penyelidik Muda Wanita bagi Anugerah ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2018 (TARIKH TUTUP: 6 MEI 2018)

Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi, Malaysia (MOSTI) selaku Focal Point Malaysia bagi ASEAN Committee on Science and Technology (COST) telah menerima pelawaan untuk pencalonan penyelidik muda wanita bagi Anugerah – ASEAN-U.S. Science Prize for Women 2018. Anugerah tahunan ini bertujuan memberi pengiktirafan terhadap penyelidik wanita yang menonjol serta terkedepan dalam menjalankan penyelidikan berteraskan inovasi dalam bidang terpilih dalam usaha memperkasakan kapasiti sains dan teknologi di samping menekankan keseimbangan jantina (gender equality) di kalangan negara-negara ASEAN. Melalui penganugerahan ini, pemenang berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai USD20,000 bagi Tempat Pertama dan USD5,000 bagiHonorable Mention.

Bagi tahun 2018, tema yang telah ditetapkan adalah “Precision Agriculture”, yang menekankan integrasi penyelidikan pertanian dengan penggunaan alat digital, teknologi dan data bagi membantu memperkasakan pekebun kecil (pertanian) dari aspek peningkatan hasil pertanian dan ekonomi, pertanian lestari dan adaptasi terhadap perubahan iklim.

Kelayakan umum pencalonan bagi penyertaan adalah:
a) Wanita dengan latar belakang Profesional dalam bidang Sains Gunaan;
b) Memiliki kewarganegaraan negara ASEAN (Malaysia, Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, dan Viet Nam);
c) Mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah atau setaraf; dan
d) Berumur 40 tahun atau ke bawah pada tahun permohonan (31 Disember 2018).

Sehubungan dengan itu, calon yang berminat hendaklah melengkapkan borang permohonan secara atas talian bersama-sama CV di laman sesawang http://ow.ly/2nW130jiADe , manakala dua (2)surat sokongan (recommendation letter) daripada penyokong (referees) hendaklah dikemukakan secara terus oleh penyokong kepada sekretariat ASEAN-U.S. Science Price for Women di alamat e-mel: scienceprizeforwomen@gmail.com selewat-lewatnya pada 6 Mei 2018 (Ahad), 11.59 malam,GMT +7 dan calon diminta untuk mengemukkan salinan pencalonan kepada CRIM.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pegawai CRIM, Puan Roslina Rosli di talian 03- 8921 5027 atau melalui emel r.rosli@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-