Pencalonan Bagi Anugerah Saintis Muda Negara 2018 & Anugerah Juruteknologi Negara 2018

PENCALONAN BAGI:

  1. ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA 2018; DAN 
  2. ANUGERAH JURUTEKNOLOGI NEGARA 2018

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhasrat untuk memberi pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian oleh saintis muda dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains, teknologi dan inovasi (STI) melalui Anugerah Saintis Muda Negara 2018. MOSTI juga berhasrat untuk memberi pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang oleh Juruteknologi (Juruteknik/Pembantu Makmal) serta kakitangan separa ikhtisas yang berkaitan dengan sains dan teknologi (S&T) melalui Anugerah Juruteknologi Negara 2018.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan dapat mengemukakan pencalonan yang berkelayakan untuk dianugerahkan sebagai Saintis Muda Negara 2018 dan Juruteknologi Negara 2018. Calon-calon yang akan dicadangkan mestilah memenuhi segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh MOSTI.

Bersama-sama ini juga disertakan syarat-syarat dan peraturan serta borang pencalonan bagi Anugerah Saintis Muda Negara 2018 di Lampiran 1 dan Anugerah Juruteknologi Negara 2018 di Lampiran 2. Pencalonan hendaklah diterima oleh MOSTI sebelum atau pada 28 Februari 2018 (Rabu) dan YBhg. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan diminta mengemukakan salinan pencalonan kepada CRIM untuk tujuan rekod.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh diajukan kepada pegawai CRIM, Puan Roslina Binti Rosli di talian 03-89215027 atau email r.rosli@ukm.edu.my

Sila klik dibawah untuk muat turun:-