[vc_row][vc_column][vc_column_text]Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa permohonan daripada pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah yang berminat atau sedang mengikuti pengajian secara penyelidikan dan mendaftar sepenuh masa untuk memohon Skim Zamalah Yayasan Canselor 2019.

Bersama-sama ini disampaikan beberapa dokumen untuk makluman dan rujukan seperti berikut:
(a) Garis Panduan Skim Zamalah Yayasan Canselor iaitu seperti di Lampiran A;
(b) Jadual Kerja Permohonan Skim Zamalah Yayasan Canselor 2019 iaitu seperti di Lampiran B; dan
(c) Borang Permohonan Skim Zamalah Yayasan Canselor seperti di Lampiran C.

Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang seperti di Lampiran C atau boleh dimuat turun melalui laman web rasmi CRIM (http://research.ukm.my) mulai 5 Ogos 2019 sehingga 23 Ogos 2019.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut sukacita dapat menghubungi Urusetia CRIM di talian 03-8921 5112 (Puan Nur Izyani Azahari).

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]