Pembukaan Semula Permohonan Program Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) 2018 Kementerian Pendidikan Tinggi

Sepertimana YBhg.Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, permohonan Pusat Kecemerlangan Pendidikan Tinggi (HICoE) 2018 telah ditutup pada 5 April 2018 yang lalu. Walau bagaimanapun, selepas beberapa semakan dibuat pihak JPT mendapati bahawa terdapat ralat di dalam Instrumen HICoE 2018 tersebut.

Oleh yang demikian, permohonan HICoE 2018 akan dibuka semula kepada semua Pusat Kecemerlangan  (CoE) di Institut Pendidikan Tinggi (IPT) bermula 16 Mei 2018 sehingga 31 Mei 2018. Setiap permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Instrumen HICoE yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) http:///www.mohe.gov.my dan laman sesawang Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) http://www.jpt.mohe.gov.my bermula 16 Mei 2018. Pengisian data di dalam Instrumen HICoE tersebut hendaklah difokuskan kepada satu bidang nic yang terplilih dan kukuh di CoE masing-masing.

Hanya CoE yang memenuhi syarat asas dan melepasi markah minimum penarafan sahaja yang layak untuk mengemukakan softcopy dan hardcopy Instrumen (beserta dokumen bahan bukti) selewat-lewatnya pada 28 Mei 2018 kepada Urusetia CRIM Puan Dahliya Abdul Kadir.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti di bawah:

  1. Hardcopy
  2. Borang Instrumen HICoE 2018
  3. Senarai Utama (Masterlist) Instrumen HICoE 2018 yang lengkap; dan
  4. Sesalinan surat penubuhan CoE yang diiktiraf oleh Senat dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU)
  1. Softcopy (Pen drive/ CD)
  2. Borang Instrumen HICoE 2018; dan
  3. Senarai Utama (Masterlist) Instrumen HICoE 2018 yang lengkap beserta dokumen bahan bukti (dokumen bahan bukti perlu di Hyperlink pada Senarai Utama (Masterlist)

Sebarang kelewatan berkaitan penghantaran softcopy dan hardcopy permohonan akan menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan untuk proses selanjutnya.

Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg.Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk membuat hebahan berkaitan pembukaan semula permohonan HICoE kepada CoE-CoE yang terdapat di PTJ masing-masing. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini boleh dibuat kepada Puan Dahliya Abdul Kadir di 03-8911 8509 / dahliya@ukm.edu.my.

Download Best WordPress Themes Free Download
Free Download WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
udemy paid course free download
download karbonn firmware
Download Nulled WordPress Themes
udemy paid course free download