Pembukaan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan geran penyelidikan (surat pemakluman) bagi menjalankan projek-projek penyelidikan transdisiplinari di bawah Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) kepada para penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mulai 17 Mac 2014 hingga 19 Mei 2014 (sila rujuk Jadual Kerja Permohonan TRGS yang dilampirkan). Pihak Kementerian akan memberi pertimbangan kepada permohonan projek-projek penyelidikan TRGS berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:-

i)kertas cadangan program dan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan fundamental dan eksploratori, berkualiti dan mengikut Garis Panduan TRGS;

ii)kos keseluruhan program penyelidikan yang dipohon tidak boleh melebihiRM1,500,000.00 (tidak melebihi 50% bagi tahun pertama) dengan tempoh penyelidikan maksimum sehingga tiga (3) tahun sahaja; dan

iii)setiap Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan sahaja.

Pemohon perlu membuat permohonan TRGS secara atas talian menggunakan portal MyGrants dengan melayari laman web https://mygrants.gov.my mulai 17 Mac 2014. Garis Panduan TRGS boleh dirujuk melalui portal Jabatan Pengajian Tinggi (http://jpt.mohe.gov.my/menupenyelidik.php) atau portal MyGrants.

Lampiran:

Download WordPress Themes
Premium WordPress Themes Download
Download Premium WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
download udemy paid course for free
download lava firmware
Download Nulled WordPress Themes
udemy paid course free download