Pembukaan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Fasa 1/2017

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan geran penyelidikan bagi menjalankan projek-projek penyelidikan fundamental di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2017 kepada para penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mulai 15 Disember 2016 (Sila rujuk Jadual Kerja Permohonan FRGS Fasa 1/2017 yang dilampirkan).

Pihak Kementerian akan memberi pertimbangan kepada permohonan projek-projek penyelidikan FRGS Fasa 1/2017 berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut:-

(i) Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan fundamental, berkualiti serta mengikut Garis Panduan FRGS (Pindaan 2017) yang boleh dirujuk melalui portal MyGrants. Penyelidik dimohon untuk meneliti garis panduan terkini sebelum mengisi permohonan.

(ii) Jumlah peruntukan projek penyelidikan yang dipohon tidak boleh melebihi siling yang ditetapkan iaitu RM250,000.00 dengan tempoh penyelidikan maksimum sehingga tiga (3) tahun sahaja;

(iii) Setiap Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan projek penyelidikan;

(iv) Setiap permohonan peruntukan di bawah Vot 35000 mestilah disertakan justifikasi dan sebut harga mengikut pekeliling Perbendaharaan.

(v) Permohonan baharu bagi mereka yang mempunyai dan mengetuai geran FRGS perlu mempunyai bukti prestasi projek mencapai 75% (berdasarkan pencapaian yang dilaporkan dalam sistem MyGrants); 

(vi) Bagi pemohon yang mempunyai geran FRGS dan ERGS yang telah tamat, mohon kerjasama PTJ untuk memastikan bahawa laporan akhir projek FRGS dan ERGS terdahulu telah dikemukakan dalam SMPU dan MyGrants. Kegagalan pihak PTJ membuat semakan berkaitan perkara ini akan memberi kesan kepada proses penaziran oleh pihak KPT; dan

(vii) Penyelidik telah mengemaskini dan melengkapkan semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) di profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGrants.

Pemohon perlu membuat permohonan FRGS secara atas talian menggunakan portal MyGrants dengan melayari laman web https://mygrants.gov.my.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai CRIM Puan Siti Noraida binti Sood di talian 03-89215631 atau emel ctaida@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

Download Best WordPress Themes Free Download
Download WordPress Themes Free
Download Best WordPress Themes Free Download
Download Best WordPress Themes Free Download
udemy free download
download karbonn firmware
Premium WordPress Themes Download
free online course