Pembukaan Permohonan Projek Arus Perdana 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Projek Arus Perdana tahun 2014 akan dibuka pada 28 April 2014. Kumpulan penyelidikan yang mendapat prestasi 3.5 ke atas pada penilaian KPPU Tahun 2013 layak untuk memohon Projek Arus Perdana 2014.

Bagi penyelidik yang berminat untuk memohon geran ini boleh mengisi borang permohonan Projek Arus Perdana secara atas talian (www.ukm.my/smpu_v2) mulai 28 April 2014. Permohonan yang telah dihantar secara atas talian perlulah dicetak sebanyak Empat (4) salinan dan dihantar ke Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) selewat-lewatnya pada 21 Mei 2014 (Rabu) jam 4.30 petang. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai CRIM (En. Azrizal Mohamed Zin) di talian 03-8921 4064.

Pemohon juga perlu memastikan permohonan penyelidikan mestilah memenuhi TEMA Penyelidikan yang telah ditentukan oleh setiap Nic Penyelidikan. Senarai Tema Penyelidikan bagi setiap Nic Penyelidikan adalah seperti berikut: