Pembukaan Permohonan Program Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (MyLAB) Bil.2/2017, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi

Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian akan membuka permohonan Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) Bil.2/2017 kepada semua Universiti Awam mulai 1 Oktober 2017 sehingga 29 Disember 2017. Universiti Swasta dan Institut Penyelidikan boleh dijemput sebagai ahli kolaborasi projek oleh Ketua Projek.

Garis panduan serta borang permohonan boleh dimuat turun di laman web Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) http://mygrants.gov.my atau https://drive.google.com/drive/folders/0B1q8VidVLI5tZ1pHRnJxdEFQZzg?usp=sharing.

Setiap permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan lima (5) salinan Borang Permohonan MyLAB 2/2017 yang lengkap (LAMPIRAN A) kepada Urusetia CRIM. Softcopy borang permohonan tersebut dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan perlu disimpan di dalam (compact disc / pen drive) dan dihantar kepada CRIM selewat-lewatnya pada 1 Disember 2017 untuk penilaian awal.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia CRIM Puan Dahliya Abdul Kadir di 03-8911 8509/ dahliya@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-