Pembukaan Permohonan Program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) Bil.1/2018, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melancarkan program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB)  sebagai langkah untuk meningkatkan jaringan kolaborasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan sektor industri dalam mengkomersilkan produk penyelidikan akademia, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu. Program MyLAB ini akan terus menjadi agenda utama Kementerian dan diharap berupaya mempromosi kecemerlangan di dalam penyelidikan yang mengembangkan sempadan ilmu, terutama di dalam bidang-bidang cutting edge khususnya bidang nic yang dikenal pasti.

Sehubungan itu, Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian akan membuka permohonan Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) Bil.1/2018 kepada semua Universiti Awam mulai 16 Julai 2018 sehingga 28 September 2018. Universiti Swasta dan Institut Penyelidikan boleh dijemput sebagai ahli kolaborasi projek oleh Ketua Projek. Garis panduan serta borang permohonan boleh dimuat turun di laman web Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) http://mygrants.gov.my atau goo.gl/zttD4H .

Setiap permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan lima (5) salinan Borang Permohonan MyLAB 1/2018 yang lengkap (LAMPIRAN A) kepada Urusetia CRIM. Softcopy borang permohonan tersebut dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan perlu disimpan di dalam (compact disc / pen drive) dan dihantar kepada CRIM selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2018 untuk penilaian awal.

Kerjasama pihak YBhg. Prof./Datuk /Dato’ /Dr. /Tuan /Puan adalah dipohon untuk membuat hebahan kepada kumpulan penyelidik di PTJ masing-masing mengenai pembukaan permohonan MyLAB ini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia CRIM Puan Dahliya Abdul Kadir di 03-8911 8509/ dahliya@ukm.edu.my.

Premium WordPress Themes Download
Download Nulled WordPress Themes
Download WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
download udemy paid course for free
download coolpad firmware
Download Nulled WordPress Themes
udemy free download