Pembukaan Permohonan Program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) 1/2017, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melancarkan program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) sebagai langkah menyahut hasrat kerajaan untuk meningkatkan jaringan kolaborasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program MyLAB menyasarkan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu dan sumber secara sistematik.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian akan membuka permohonan Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) Bil.1/2017 kepada semua Universiti Awam mulai 1 April 2017 sehingga 30 Jun 2017. Universiti Swasta dan Institut Penyelidikan boleh dijemput sebagai ahli kolaborasi projek oleh Ketua Projek.

Garis panduan serta borang permohonan boleh dimuat turun di laman web Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) http://mygrants.gov.my atau https://drive.google.com/drive/folders/0B1q8VidVLI5tOXlra3ZCU0MwbzQ?usp=sharing. Setiap permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan Borang Permohonan MyLAB 1/2017 yang lengkap (LAMPIRAN A) kepada Urusetia CRIM. Softcopy borang permohonan tersebut dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan perlu disimpan di dalam (compact disc / pen drive) dan dihantar kepada CRIM selewat-lewatnya pada 15 Jun 2017 untuk penilaian awal.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia CRIM Puan Dahliya Abdul Kadir di 03-8911 8509 atau dahliya@ukm.edu.my.