[vc_row][vc_column][vc_column_text]Malaysia Research University Network (MRUN) telah menyalurkan sejumlah dana kepada setiap Universiti Penyelidikan (UP) sebagai inisiatif untuk meningkatkan aktiviti jaringan kerjasama UP dengan negara-negara Asia Timur. Lanjutan Bengkel Penyediaan Pelan Promosi MRUN yang diadakan pada 16 Februari 2019 di Hotel Capri, Kuala Lumpur, Jawatankuasa kerja MRUN telah bersetuju UKM penyelaras kolaborasi dengan negara Taiwan dalam bidang Sustainable Economy.

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) mempelawa staf akademik yang berminat untuk memohon dana ini dengan mengemukakan kertas kerja seperti format di Lampiran 1. Borang permohonan yang lengkap hendaklah disokong oleh Dekan/Pengarah Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan dihantar ke CRIM sebanyak dua (2) salinan. Semua permohonan akan melalui proses penilaian oleh Jawatankuasa Tadbir Tabung Kolaborasi Antarabangsa MRUN UKM.

Tarikh tutup permohonan yang diketuai oleh staf akademik UKM untuk fasa pertama ialah pada 14 Jun 2019 dan sekiranya peruntukan masih berbaki hebahan semula akan dibuat. Manakala bagi permohonan yang diketuai oleh staf akademik UP lain, permohonan akan dibuka sepanjang masa dan tertakluk kepada baki peruntukan yang ada. Bersama-sama ini disampaikan Garis Panduan Program Kolaborasi Antarabangsa MRUN UKM untuk rujukan dan panduan.

Sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi Pegawai CRIM, Puan Syafura Binti Abdul Halim di talian 03-89214679 atau Cik Norzahira Binti Ramli di talian 03-89214392.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]