Pembukaan Permohonan Geran Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) Tahun 2018 – LRGS, TRGS, FRGS

– SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)
– SKIM GERAN PENYELIDIKAN TRANSDISIPLINARI (TRGS)
– SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) 

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan geran penyelidikan bagi tahun 2018 kepada para penyelidik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mulai 15 Januari 2018.

Pihak Kementerian akan memberi pertimbangan bagi permohonan DP KPT Fasa 1/2018 berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

(i) Penyelidik
a. Permohonan dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat;
b. Ketua Projek/ Ketua Program mestilah telah mengisi dan melengkapkan laporan prestasi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu dalam modul pemantauan Sistem MyGRANTS (kecuali RAGS 2012-2013, RACE, LRGS, NRGS);
c. Penyelidik dibenarkan untuk memohon skim geran yang berbeza. Walau bagaimanapun, penyelidik hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu (1) permohonan sahaja sebagai Ketua Projek/ Ketua Program bagi setiap skim geran yang ingin dipohon bagi tahun 2018; dan
d. Telah mengemaskini dan melengkapkan semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) di profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS. KPT berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tidak dikemas kini atau tidak lengkap.

(ii) Permohonan Baharu
a. Kertas cadangan projek penyelidikan perlu menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan dan Tadbir Urus yang berkuat kuasa. Penyelidik diminta untuk meneliti garis panduan yang terkini dan pindaan terkini seperti yang diwarnakan kuning;
b. Ringkasan Maklumat Pembukaan Permohonan Dana Penyelidikan KPT Tahun 2018 – UA IPTS adalah seperti di Lampiran A;
c. Bidang keutamaan penyelidikan KPT adalah seperti di Lampiran B;
d. Jadual Kerja Permohonan Geran KPT 2018 seperti di Lampiran C; dan
e. Panduan Perbelanjaan V-Siri Geran KPT seperti di Lampiran D.

Pemohon perlu membuat permohonan DP KPT secara atas talian menggunakan sistem MyGRANTS melalui pautan https://mygrants.gov.my mulai 15 Januari 2018. Garis Panduan LRGS, TRGS dan FRGS (Pindaan 2018) boleh dirujuk melalui portal MyGRANTS.

Pihak Fakulti/ Institut/ Pusat adalah diingatkan untuk memastikan semua permohonan dihantar mengikut tempoh masa yang ditetapkan serta telah memenuhi semua syarat dan penilaian yang ditetapkan. CRIM berhak menolak mana-mana permohonan sekiranya mana-mana syarat tidak dipatuhi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai CRIM, Puan Siti Noraida binti Sood di talian 03-89215631 atau email ctaida@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-