Pembukaan Permohonan Dana Penyelidikan Strategik (KRA) Tahun 2018

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka permohonan Dana Penyelidikan Strategik (KRA) bagi tahun 2018 mulai 1 Ogos 2018 sehingga 30 Ogos 2018. Tujuan dana ini adalah untuk menggalakkan penyelidik menjalankan penyelidikan bersifat multidisiplin dan translasi yang memfokus serta memberikan impak kepada UKM, wilayah dan negara yang menyokong kepada enam (6) Bidang Keberhasilan Utama (KRA) UKM.

Tema Dana Penyelidikan Strategik bagi Tahun 2018 ialah ‘UKM Menjuarai’. Setiap permohonan yang dihantar hendaklah memenuhi tema KRA yang besesuaian dengan kertas konsep penyelidikan seperti di Lampiran 1.

Pemohon yang berminat untuk memohon boleh menghantar permohonan Kertas Konsep Penyelidikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Taskforce KRA yang berkaitan untuk tujuan penilaian. Bagi Kertas Konsep Penyelidikan yang diperaku oleh Jawatankuasa Taskforce KRA, penyelidik diminta untuk menyediakan dan mengemukakan Kertas Cadangan Penyelidikan secara atas talian melalui Sistem Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU). Kertas Cadangan Penyelidikan yang memenuhi syarat Garis Panduan Dana Penyelidikan Strategik (KRA) akan dimajukan ke Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan (JKP&P) untuk tujuan kelulusan.
Pemohon juga adalah diminta untuk membaca dan memahami garis panduan dana penyelidikan agar syarat dan kriteria kelayakan dapat dipatuhi serta memahami keperluan KPI penerbitan bagi setiap projek.

Bersama-sama ini dilampirkan Borang Permohonan Format Kertas Konsep Dana Penyelidikan Strategik (KRA) (Lampiran 2), Garis Panduan Dana Penyelidikan Strategik (KRA) (Lampiran 3) dan Jadual Kerja Permohonan (Lampiran 4) untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim di talian 03-8921 4679/psupp@ukm.edu.my atau Cik Norzahira Ramli di talian 03- 8921 4392/norzahira@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-