Pembukaan Permohonan Dana Penyelidikan Strategik (KRA) 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti membuka permohonan Dana Penyelidikan Strategik (KRA) bagi tahun 2017. Tujuan geran ini adalah untuk menggalakkan penyelidik menjalankan penyelidikan bersifat multidisiplin dan translasi yang memberikan impak kepada UKM, wilayah dan negara yang menyokong kepada enam (6) Bidang Keberhasilan Utama (KRA) UKM. Permohonan dibuka sepanjang masa dan keutamaan adalah kepada pemohon yang menghantar borang lebih awal.

Penilaian akan dibuat oleh Jawatankuasa setiap KRA yang akan dipengerusikan oleh Pengerusi KRA masing-masing. ‘Proposal’ yang memenuhi syarat kelulusan Jawatankuasa KRA dan mematuhi Garis Panduan Dana Penyelidikan Strategik (KRA) akan dimajukan ke Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan (JKP&P) untuk tujuan kelulusan.

Pemohon diminta untuk membaca dan memahami garis panduan geran penyelidikan agar syarat dan kriteria kelayakan dapat dipatuhi serta memahami keperluan KPI penerbitan bagi setiap geran. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai geran ini, boleh hubungi Pegawai CRIM, Puan Syafura Abdul Halim di talian 0389214679 atau melalui emel psupp@ukm.edu.my.

Sila klik dibawah untuk muat turun:-